Wednesday, February 22, 2012

PR : Kadang-kadang Keputusan Bahlol !


Pemimpin yg baik itu ..... selalu keputusan tepat .



Tak perlu berbai’ah kepada pemimpin manusia biasa - Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.


"Bai’ah bermakna kita ”swear loyalty” (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah... bahkan kita dapati banyak pemimpin Pas yang buat salah daripada segi agama,”

Seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap calon akan bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya “akan celaka dunia dan akhirat”.


"Tidak ada perlu bai’ah kepada sesiapa... bukan pun Nabi, jadi nak bai’ah buat apa?” kata Dr. Mahathir
Pas cuba mengongkong pemikiran para penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat-pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan bai’ah di dalam parti itu.

"Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan?
"Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

'Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas'