Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Dah banyak kali dah.. Beruk PKR ni diselamatkan Nik Ajis .. Sejak zaman Mahadhir lagi ?

Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.
 
“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).
 

Nik Ajis boleh kau tipu .... Seluruh dunia dah tahu ?

“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” katanya.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution yang dihubungi mengatakan PKR masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi perkara itu.
 
“Awak adalah wartawan ke-19 yang menghubungi saya hari ini… saya tiada kenyataan yang boleh saya keluarkan lagi setakat ini,” katanya.
 
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat yang mendalam sebelum membuat sebarang kenyataan.
 
Pas Sudah Tersepit !!!

Baru nak gesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ, baru-baru ini.