Thursday, February 09, 2012

Bukan Mengkarung ... tapi Biawak !


Anwar Ibarat “Mengkarung”… Bukan Anwar Kalau Tak Kutuk Malaysia


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron tidak terkejut dengan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus-terusan memburuk-burukkan tanah air sendiri apabila berada di luar negara dengan tuduhan tidak demokratik dan sebagainya.
“Kalau tidak mengutuk Malaysia maka itu bukan Anwar Ibrahim kerana beliau sudah begitu sinonim sebagaimana sikap pengkhianat yang bukan saja memburukkan negara malah bangsa dan agamanya juga,” katanya.















Terbaru dilaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi selain mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.
“Anwar lebih gemar bercakap di luar negara kerana rakyat di negaranya sendiri sudah tahu siapa dia yang sebenar malahan kerana sikapnya yang sedemikianlah maka Anwar tidak layak untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.
Jelas beliau, rakyat Malaysia tahu yang mana intan dan yang mana kaca lantas tidak mengendahkan kata-katanya sebagai Penasihat Umum PKR yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
“Kerana tidak ada sesiapa yang mahu percaya lagi pada Anwar maka beliau lebih gemar bercakap melalui negara-negara luar bagi mendapatkan populariti.”
Tambahnya, Anwar adalah ibarat mengkarung (chameleon) yang sering berubah-ubah dan mengikut suasana sebagaimana sikapnya yang mencari populariti dengan kaedah populis sehinggakan sanggup memburukkan negara apabila bercakap di negara luar sebagaimana di Turki.
“Apa nak dihairankan dengan Anwar kerana sudah ‘tanah badannya’ demikian iaitu kalau tak mengutuk negara sendiri maka itu bukanlah Anwar Ibrahim,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.