Saturday, December 31, 2011

ALLAH SEDANG MENDUGA KAUM SYIAH PAS INI ... !

NAK MOHON MENGADU PADA ALLAH PUN DIHALANG..?  ISYAALLAH PRU13  AKAN HANCUR MEREKA INI .


Menjelang penutup tahun 2011, macam-macam yang berlaku. Dilaporkan semalam rujuk sini bahawa Ketua Pemuda PAS Kedah buat laporan polis untuk halang majlis solat hajat yang dianjurkan pihak Madrasah Salihiah Kanchut.

Majlis tersebut, Majlis Munajat Perdana adalah bertujuan memohon kepada Allah SWT menyelamatkan Madarasah Salihiah dari dirobohkan Kerajaan Negeri Kedah. Tidak ada motif lain selain itu...

Perkara pokoknya ialah menyelamatkan Madrasah Salihiah dari dirobohkan oleh Kerajaan.

Tak kiralah, jika Kerajaan yang nak robohkan Madrasah itu adalah Kerajaan BN atau PAS sekalipun, anak kariah itu memohon kepada Allah agar pusat aktiviti mengimarahkan agama itu agar diselamatkan.

Aku percaya, kalau Kerajaan BN yang robohkan madrasah tu, puak-puak PAS sanggup bergolek tidur atas jalan kerana nak selamatkan madrasah itu. Namun memandangkan yang nak merobohkan madrasah tu ialah Kerajaan PAS, maka puak Pemuda PAS tak berminat pun nak join..

Aku hairan. Nak buat solat hajat dan program Munajat minta pertolongan dari Allah pun nak dihalang? Sampai sanggup buat report polis??? Begitu sekali Pemuda PAS punya teruk???

Selama ni, ada ke BN halang PAS buat solat hajat atau majlis apa-apa? Kerajaan BN siap bagi stadium lagi untuk pembangkang buat majlis keagamaan. Masjid tak payah cakap la..dah beribu kali dah diberi pelepasan...

Macam ni mentaliti Ketua Pemuda PAS Kedah? Heh?! Aku rasa, Nasrudin Hasan Tantawi perlu kaji balik kedudukan Pemuda PAS Kedah ni. Tak layak langsung! Bodoh tindakannya mengalahkan kafir harbi..!!
Majlis tersebut, Majlis Munajat Perdana adalah bertujuan memohon kepada Allah SWT menyelamatkan Madarasah Salihiah dari dirobohkan Kerajaan Negeri Kedah. Tidak ada motif lain selain itu...

Perkara pokoknya ialah menyelamatkan Madrasah Salihiah dari dirobohkan oleh Kerajaan.

Tak kiralah, jika Kerajaan yang nak robohkan Madrasah itu adalah Kerajaan BN atau PAS sekalipun, anak kariah itu memohon kepada Allah agar pusat aktiviti mengimarahkan agama itu agar diselamatkan.

Aku percaya, kalau Kerajaan BN yang robohkan madrasah tu, puak-puak PAS sanggup bergolek tidur atas jalan kerana nak selamatkan madrasah itu. Namun memandangkan yang nak merobohkan madrasah tu ialah Kerajaan PAS, maka puak Pemuda PAS tak berminat pun nak join..

Aku hairan. Nak buat solat hajat dan program Munajat minta pertolongan dari Allah pun nak dihalang? Sampai sanggup buat report polis??? Begitu sekali Pemuda PAS punya teruk???

Selama ni, ada ke BN halang PAS buat solat hajat atau majlis apa-apa? Kerajaan BN siap bagi stadium lagi untuk pembangkang buat majlis keagamaan. Masjid tak payah cakap la..dah beribu kali dah diberi pelepasan...

Macam ni mentaliti Ketua Pemuda PAS Kedah? Heh?! Aku rasa, Nasrudin Hasan Tantawi perlu kaji balik kedudukan Pemuda PAS Kedah ni. Tak layak langsung! Bodoh tindakannya mengalahkan kafir harbi..!!

Kaum Pas Khawarij Gila Warna Hijau ?

Edisi Mangkuk Hayun !!! Orang PAS bergaduh kerana kaler atap masjid..


Kisahnya seorang ahli perniagaan di Tumpat telah mewakafkan tanah miliknya kepada penduduk kampung untuk membangunkan sebuah masjid yang selesa bagi menunaikan solat Jumaat. Namun setelah beberapa lama, tanah tersebut telah terbiar begitu sahaja kerana penduduk kampung tersebut kebanyakannya kais pagi makan pagi.

Walaupun diketahui ramai yang kebanyakan penduduk kampung tersebut tegar menyokong PAS, namun mereka tetap gagal mempengaruhi Kerajaan Negeri PAS Kelantan untuk menyumbangkan sejumlah dana bagi memulakan projek tersebut.

Akhirnya, tuan tanah pun muak menunggu dan memulakan sendiri pembinaan masjid menggunakan duitnya sendiri. Dikatakan para penyokong UMNO turut menyumbang sebahagian bagi memastikan masjid tersebut dapat disiapkan dengan sempurna.


Di atas adalah keadaan terkini masjid tersebut yang kini memasuki fasa terakhir pembinaannya.

Namun timbul satu masalah besar apabila para penduduk kampung yang berfahaman khawarij PAS telah mengugut untuk memulaukan rumah ibadat tersebut sekiranya atap gentinganya tidak ditukar. Mereka berpendapat warna biru atap genting tersebut menandakan masjid tersebut didirikan/dikuasai oleh BN.

Walaupun diketahui umum tuan tanah dan pembina masjid tersebut tidak pernah menunjukkan dirinya berada di belah mana-mana pihak, namun kini beliau menjadi mangsa fitnah penduduk kampung yang menyokong PAS semata-mata kerana memilih atap genting warna biru bagi masjid yang beliau sendiri bangunkan.

Sudahlah selama ini tidak satu sen pun disumbangkan oleh penyokong PAS mahupun Kerajaan Negeri, kini beliau ditohmah pula atas niat murni yang diusahakan.

Anda nilaikanlah dan jadikanlah iktibar dengan apa yang berlaku di sebuah kampung yang terpencil di Tumpat Kelantan ini. Mana orang Islam tidak dipijak, warna rumah Allah pun boleh dipolitikkan oleh khawarij PAS ini! 

SABAR BIAR ADA BATASNYA ! ! ! ! !

Seret rakyat ke jalananan .... Pukimak melampau !




Suasana keganasan seperti peristiwa demonstrasi penyokong Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada tahun 1998 tidak patut berulang kembali. - Gambar hiasan



Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan kempen Bebas Anwar 901 boleh dianggap satu perbuatan melampau.

Adalah jelas matlamat utama tindakan berkenaan ialah untuk menyeret rakyat sekali lagi terutamanya golongan mahasiswa yang masih mentah soal politik turun ke jalanan mengadakan demonstrasi pada 9 Januari ini.
Sememangnya tarikh berkenaan dianggap penting bagi puak pembangkang kerana ia penentu nasib kepada perjalanan kehidupan pemimpin sanjungan mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat PKR itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan dibebaskan atau dihukum atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
PKR sengaja melancarkan kempen tersebut bagi memberi gambaran kononnya Anwar teraniaya dan dianiaya, oleh itu beliau perlu dibela.
Kita tidak perlu berhujah sama ada tindakan PKR itu wajar atau tidak kerana mereka tidak akan mempedulikan semua itu, apa yang ada dalam benak fikiran mereka ialah mencetuskan demonstrasi biar pun ia akan berakhir dengan huru-hara.
Adalah sesuatu yang malang apabila ketenteraman ibu negara akan digugat lagi oleh kelompok berkenaan, sebelum ini warga kota sudah cukup rimas apabila pada 9 Julai lalu, PKR juga turun ke jalanan menyertai perhimpunan haram Bersih.
Jelaslah, demonstrasi jalanan tidak dapat dipisahkan dengan kewujudan PKR sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 iaitu setahun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti UMNO.
Pada 9 Januari ini, mereka merancang lagi untuk mengadakan demonstrasi, puak- puak ini seolah-olah tidak pernah faham erti menghormati undang-undang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk membuat keputusan.
Kenapakah perlu mengadakan demonstrasi? Bukankah Anwar telah diberi peluang membela diri dengan barisan peguam yang hebat-hebat belaka? Sepatutnya mereka menyerahkan kepada mahkamah sepenuhnya untuk mempertimbangkan segala hujah dan bukti yang dibentangkan.
Apa yang mengecewakan ialah sudah ada ura-ura pembangkang akan memperalatkan kelompok mahasiswa tertentu yang sememangnya bersedia menjadi 'perkakas' kepada mereka.
Golongan mahasiswa ini dikatakan akan bergabung pula dengan sekelompok penyokong pembangkang yang minda dan mata mereka sudah ditutup untuk melihat kebenaran.
Kesemua mereka akan turun beramai-ramai ke jalanan dan memungkinkan huru-hara tercetus yang sekali gus akan menggugat kehidupan rakyat lain.
Atas sebab itulah, perancangan melalui kempen Bebas Anwar 901 ini tidak harus dibiarkan. Tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bermula daripada sekarang bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku pada 9 Januari ini.
Kita percaya kempen berkenaan bermotif politik dan sama sekali tiada kaitan dengan soal menegakkan keadilan. Kalau hendak bercakap soal keadilan Anwar sudah pun mendapat keadilan apabila beliau dibicarakan secara adil di mahkamah terbuka.
Justeru serah sahaja kepada mahkamah untuk membuat keputusan dan bukannya awal-awal lagi merancang sesuatu tindakan yang dianggap tidak bertamadun serta tidak bersesuaian dengan budaya rakyat negara ini.
Mungkin sudah menjadi tabiat pembangkang, kalau keputusan mahkamah menyebelahi mereka, maka keputusan itu akan dianggap adil tetapi kalau sebaliknya, mereka akan menuduh mahkamah dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pembangkang tidak boleh marah jika ada pihak yang akan beranggapan bahawa isu Anwar sengaja dimainkan dengan tujuan untuk menutupi pelbagai kemelut yang melanda pakatan tersebut sekarang.
Melalui cara ini mereka berharap rakyat akan melupakan kelemahan mereka dan menumpukan perhatian kepada nasib Anwar.

Apa pun kita tidak mahu melihat Kuala Lumpur huru-hara lagi hanya kerana tindakan sekelompok manusia mahu mempertahankan pemimpin mereka yang berhadapan dengan dakwaan berkaitan moral.
Adalah tidak wajar ketenteraman mahu digugat semata-mata hendak memperjuangkan nasib seorang pemimpin sahaja.
Sebab itulah kita mahu pihak universiti bertindak tegas kepada mana-mana mahasiswa mereka yang terlibat dalam demonstrasi ini.
Golongan mahasiswa yang menyokong demonstrasi jalanan boleh dianggap 'virus' atau 'barah' yang boleh merosakkan masa depan negara. Mereka ini tidak layak digelar mahasiswa.
Penglibatan dalam demonstrasi yang jika berlaku pada 9 Januari ini sudah jelas menunjukkan mereka tidak berminat untuk belajar, oleh itu tidak perlulah membuang peruntukan negara dengan membiarkan mereka terus berada dalam mana-mana institusi pengajian tinggi milik kerajaan.
Selain itu, turut menjadi perhatian kita apakah Pas akan mengerahkan penyokong-penyokongnya turut serta terlibat dalam kempen Bebas Anwar 901 ini?
Buat masa ini penulis difahamkan di dalam Pas berbelah bahagi sama ada hendak terlibat atau tidak, ada antara mereka beranggapan biarlah mahkamah memutuskan nasib Anwar manakala ada pula menyatakan perlu turut serta bagi menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang.
Tetapi apa yang pasti Pas perlu memikirkan dengan semasak-masaknya dalam soal kempen ini kerana tersilap langkah parti itu akan rugi lagi.
Sudahlah selama ini, sepanjang berada dalam pembangkang mereka dilihat sentiasa rugi apabila terpaksa mengorbankan segala-galanya untuk menjaga hubungan dengan PKR dan DAP, takkanlah dalam kes dakwaan liwat ke atas Anwar pun mereka bersedia diperalatkan?
Tidak kiralah apa pun keadaannya, yang pasti kempen Bebas Anwar 901 adalah tindakan politik, kelompok yang sudah 'muflis' dalam mencari idea untuk meraih sokongan rakyat.
Justeru kepada rakyat keseluruhan, janganlah terpedaya dengan mainan politik ini, sebaliknya tanam keazaman untuk menjadi tirai 2012 yang akan bermula esok, sebagai kelompok yang bijak menilai antara realiti dan sandiwara, antara kebenaran dan kebatilan.
Ia kerana kesudahannya,
realiti akan kekal, sandiwara akan berakhir manakala kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Thursday, December 29, 2011

Duke of UMNO: GEMPARRR..!!! HARAKAHDAILY KATA NIK AZIZ TIPU DIORANGGG..???!!!

Duke of UMNO: GEMPARRR..!!! HARAKAHDAILY KATA NIK AZIZ TIPU DIORANGGG..???!!!

Ulamak Terompah Tidak Cakap Benar !

Nik Aziz Perlu Bercakap Benar – Fathul Bari


BERBOHONG HALAL  ! nEW FATWA  BY  NABI AJIS.
Pertelagahan antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan pucuk pimpinan Pas dilihat akan terus berlarutan apabila beliau menafikan kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau telah memohon maaf kerana mengkritik parti itu berhubung isu Negara berkebajikan di dalam satu bertemuan di kediaman Nik Aziz di Kota Bhari Kelantan baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata, beliau akan menghubungi Datuk Hasan Ali sendiri bagi mendapatkan kepastian dan kesahihan cerita yang sebenar.
“Namun begitu, seharusnya semua pihak perlu berkata benar dan ini termasuklah Nik Aziz sendiri. Sekiranya kita tidak berkata benar dan cuba melindungi kebenaran kerana kepentingan politik, maka perjuangan kita tidak akan berlandaskan kebenaran.
“Saya sendiri akan menghubungi Datuk Dr. Hasan Ali bagi mengetahui kedudukan sebenar. Bagi saya, kedua-dua pihak adalah pakar dan tahu selok belok agama dengan baik. Jangan hanya kerana politik, kebenaran itu dibelakangkan semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini, Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu Hasan Ali dianggap selesai selepas Hasan Ali memohon maaf dalam pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan baru-baru ini. Katanya, ‘pertemuan ‘muhibah’ itu juga menyaksikan Hasan menarik kembali kenyataannya sebelum ini yang mengkritik perjuangan PAS yang telah lari daripada landasan asal apabila memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
Sementara itu, Hasan Ali pula dalam kenyataannya telah manafikan bahawa pertemuannya dengan pemimpin itu adalah bertujuan memohon maaf atas kritikannya sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.. Beliau turut menyelar akhbar rasmi parti PAS itu kerana sering memutar belit fakta sehingga boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan. 

PKR Berjuang Untuk Siapa ?

Hanya Untuk Al-Juburi ................. 


Rancangan 901 Buktinya.


Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak jelas perjuangannya hanya untuk seorang pemimpin sahaja, bukannya berjuang untuk rakyat. Rancangan 901 merupakan bukti bahawa perjuangan mereka untuk Al Juburi.  
“Hari ini, semakin ramai ahli-ahli PKR sudah sedar dan saya percaya, semakin ramai di kalangan ahli-ahli PKR sudah dapat melihat dengan jelas agenda perjuangan parti ini tidak lain dan tidak bukan hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim.
“Biarlah mahkamah yang menentukan kes liwat yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Selangor.
Tambahnya, jangan sampai bila mahkamah tidak memihak kepada kita, kita menyalahkan mahkamah sebaliknya jika mahkamah memihak kepada kita, kita akan mengadakan mahkamah sendiri.
“Adakah ini bentuk keadilan bagi PKR?
“Dalam masa yang sama, kita dimaklumkan bahawa Anwar Ibrahim telah membuat roadshow di beberapa buah negeri melemparkan berbagai-bagai fitnah dan memburukkan institusi perundangan negara berhubung isu perbicaraan kes liwatnya. Beliau juga menghasut rakyat khususnya orang muda untuk bersama-sama dengan mereka dengan jika mahkamah mendapati beliau bersalah, golongan ini akan keluar memberontak,” tambahnya.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda agar tidak terjebak dengan drama yang dilakon Anwar Ibrahim hari ini kerana drama yang sedang dimainkan ini semata-mata untuk melepaskan dirinya sendiri, bukannya untuk kepentingan orang muda dan rakyat Malaysia khususnya. 
'Kalaulah orang ni jadi PM nanti, alamat bumi Malaysia akan jadi Padang Jarak Padang Tekukurlah gamaknya.'akan buat undang-undang sendiri.

Wednesday, December 28, 2011

HEBATNYA PAKATAN HARAM !

Kultus Agama Baru Pakatan Rakyat.......



Mulanya Guan Eng diangkat jadi khalifah,kemudian Nik Aziz jadi Nabi... laa lni pulak Anwar Ibrahim diangkat jadi Imam Mahdi.

Inilah yang dinamakan kultus serupa macam Ayah Pin yang dikatakan mempunyai kerajaan langit.

Rugi puak PKR keluar parti, sebenarnya semasa kongres PKR tahun lepas Wan Azizah sudah memberi signal kepada ahli parti apabila mengelar Anwar sebagai satu
'Anugerah Tuhan'

Barangkali inilah juga menjadi salah satu faktor SMM atau gerembolan siswa bangang turun nak berdemo 9Januari nanti kerana Anwar menurut mereka hanya melakukan liwat secara suka sama suka bukannya paksaan terhadap Saiful.

Mereka berpendapat adalah tidak adil jika mahkamah sabit kesalahan liwat memandangkan liwat Anugerah tuhan bukannya ada unsur rogol atau paksaan.- rakab


p/s: Atas tu adalah komen bro Rakab didalam satu blog Pakatan. Memang menarik bila gua baca. So, gua jadikan ia satu entry. Terima kasih bro Rakab.

SIANG-MALAM BERBOHONG .... ! ! !

Bohong, Fitnah Dan Dusta Anwar Makin Tidak Menjadi….












Sekali Orang Percaya ... Kalau Setiap Hari bagaikan Makan Nasi Dengan Budu , Penyakit ini sama Dengan Orang Kaya Suka Mencuri.
Anwar semakin tak pandai berbohong. Kemahiran berbohong, melakukan fitnah dan pendustaan yang selama-lamanya menjadi aset penting Anwar dalam pendakian ke puncak populariti semakin tidak menjadi akhir-akhir ini.
Kesilapan dan kelalaian terbaru Anwar dalam mencari sasaran mangsa pembohongan dan dusta ialah apabila diacuba menjadikan Tun M sebagai subjek untuk dibolosi kredibiliti dan reputasinya.
Inilah rahsia kelemahan utama Anwar yang telah menyebabkan dia gagal terus-menerus di dalam pendakiannya untuk menjadi penguasa di negara tanah melayu ini.
Anwar gagal menjadi penguasa kerana dia sering mengambil jalan singkat, salah dan kotor untuk mendapat kuasa, iaitu dengan menjadikan pendekatan bohong, fitnah dan dusta sebagai rukun utama dalam perjuangannya.
Semasa di puncak sokongan dan simpati yang membuak rakyat hasil dari tempelengan dan tumbukan Rahim Noor pada tahun 1998 pun Anwar masih gagal untuk meruntuhkan kredibiliti dan reputasi Tun M, kenapa dalam keadaan yang semakin lemah dan tembelangnya yang sedang pecah satu demi satu ketika ini pun, Anwar masih cuba untuk meraih simpati dan sokongan dengan menjadikan Tun M sebagai subjek utamanya?
Ini yang saya katakan kelemahan ketara Anwar yang telah menyebabkan dia terus menerus gagal dalam usaha untuk mendaki ke puncak kuasa. Dia selalu melakukan “silap besar” dalam percaturannya.
Dia lupa bahawa pendekatannya yang meletakkan ayat al Quran di lidah dan sifat serigala di hatinya selama dia membawa perjuangannya, telah memakan korban yang bukan sedikit kepada diri dan keluarganya, malahan kesan perlakuan serigalanya telah menyebabkan malapetaka besar kepada agama, bangsa dan negaranya sendiri.
Lihatlah… Kemudahan Pakej Pinjaman World Bank yang disediakan untuk setiap negara di dunia ini untuk tujuan pembangunan pun cuba dikelirukan oleh Anwar sehingga rakyat tidak dapat membezakannya dengan pakej kewangan IMF yang ditolak mentah-mentah oleh Tun M sewaktu mengalami krisis kewangan pada tahun 1997/1998.
Lihatlah… Bagaimana Anwar mahu menggambarkan dia pernah menolak pinjaman world Bank pada tahun 1993!.
Tahun 1993 bukankah tahun kemakmuran ekonomi yang berlaku di seluruh dunia? Bukankah limpahan kemakmuran ekonomi begitu dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini pada ketika itu?
Hantu mana yang nak pinjam duit waktu makmur? Waktu Anwqr menolak tawaran World Bank itu, bukankah Tun M juga yang jadi PM? Bukankah Tun M juga yang jadi PM sewaktu negara menolak mentah-mentah pakej kewangan IMF pada tahun 1998?
Bukankah Anwar sedang merengkok di Sg Buluh pada tahun 1999, tahun di mana dikatakannya Tun M merayu pinjaman World Bank? Bukankah waktu itu kawalan RM telah dikuatkuasakan sebagai alternatif terhadap penolakan mentah-mentah pakej bailout yang dibuat oleh IMF? Apa perlunya Tun M merayu pinjaman lagi?
Tapi Anwar tetap Anwar. Disebabkan pembohongan, fitnah dan dusta sudah menjadi darah daging, dia tak tahu lagi mana satu cakapnya yang bohong dan yang tak bohong. Dia keliru sendiri kerana cakap-cakap bohongnya sudah bercanggah di antara satu sama lain.

Tuesday, December 27, 2011

Kelakarnya Abe Ajis .... Hak lagu ni Demo kena Ghoyat !

GEMPAR : ADAKAH NIK AZIZ SETUJU ANWAR IBRAHIM DIANGKAT SEBAGAI IMAM MAHDI....


ASKAR UPAHAN AL-JUBURI ....... BERAPA YA ?
Hebat sungguh Anwar Ibrahim di mata pencacai-pencacainya sehinggakan diangkat menjadi Imam Mahdi??...

Anwar Ibrahim Penyelamat dan Pembebasan Baituimuqaddis...bersandarkan beberapa hujah:


1. Kejatuhan Kerajaan Husni Mubarak.....menyebabkan bekalan gas ke Israel telah di potong dan pembukaan sempadan Rafah Gazza.

2. Signifikannya segala bekalan utk penduduk Gazza dapat dipenuhi dan kebebasan penduduk keluar masuk...memberi peluang kepada ratusan atau ribuan Mujahiddin utk memasuki Gazza bagi mempertahankan bumi Palestin.

3. Ada pendapat megatakan akan muncul penyelamat dari dunia sebelah timur yang akan menyatupadukan masyarakat Arab dan membebaskan Palestin.


4. Syeikh Yusuf Al-Qardawi dan Anwar merupakan sahabat baik mengalahkan adik beradik....jadi masyarakat dunia Islam menghormati SYAQ, dimana Anwar merupakan salah seorang penasihat kepada beliau.

5. Untuk muncul menjadi seorang pemimpin yang hebat dan penyelamat dunia islam.....beliau terlebih dahulu diuji..dengan pelagai ujian...calang2 pemimpin yang akan terus bertahan..dalam kata lain pemimpin ini tengah disiapkan.

6. Jikalau dugaan dan  cabaran  telah mampu diatasi, anwar akan muncul menjadi Penyelamat Dunia Islam.

Tidakkah ini keterlaluan??



"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir" 

"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa" 

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab" 

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??" 

"dimana agak agak??" 

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai." 

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak" 

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi" 

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??" 

"dari belah mana??timur.." 

"timur itu dimana, bukan di timor leste!" 

"timur itu our region, ini ini timur" 

"tapi banyak negara di timur ini" 

"apakah di indonesia??bukan" 

"singapore??oo jauh" 

"brunei??lambat sangat" 

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?" 

"sy kata dia ada di??di malaysia." 

"sudah adakah pemimpim itu saudara??" 

"tanya sy, sy kata dia sudah ada." 

"pemimpin itu sedang disiapkan" 

"dia sedang melalui series of trials ujian" 

"dia sedang di uji" 

"satu peringkat ke satu peringkat" 

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa" 

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!" 

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.." 

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara" 

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat" 

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin" 

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya" 

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab" 

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur" 

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa" 

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya'' 

"dan org hormat prinsip agamanya" 

"tidak lain tidak bukan" 

"sedara anwar ibrahim" - amenoworld

Monday, December 26, 2011

AWASI ALJUBURI .... AKAN MENGGUNAKAN PELAJAR 901

Anwar Semakin Kuat Menghasut Kaum Pelajar ..........


Pendedahan yang dibuat oleh blog-blog pro-kerajaan berhubung pertemuan yang diadakan oleh Anwar Ibrahim melibatkan wakil-wakil kaum pelajar pengajian tinggi di rumahnya sendiri, semakin mengesahkan usaha terdesak yang sedang dirancang oleh Anwar Ibrahim. Ketua Umum PKR yang kelihatan sangat terdesak untuk melarikan diri selain cuba mendapatkan sokongan sebanyak mungkin, kini terpaksa mengalihkan perhatian kepada kaum pelajar yang dilihat lebih radikal dan lebih out-spoken berbanding golongan yang telah mengenali Anwar Ibrahim semenjak kes liwat pertama dahulu.
Sejarah Anwar Ibrahim telah membuktikan, dia sendiri merupakan seorang pelajar universiti yang keciciran kerana terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan pelajaran. Penentangan pelajar-pelajar universiti pada awal dan pertengahan 1970-an yang banyak dipengaruhi oleh Komunisme, Sosialisme dan Kapitalisme selain Islamisme yang diwujudkan sebagai jalan mendapatkan lebih banyak sokongan,
Kuasa pelajar di negara ini masih pada tahap minima. Tetapi indikasi yang ditunjukkan, terutama dengan pembabitan ahli Kabinet sendiri untuk mewujudkan apa yang dikenali sebagai The New Politic, menghalakan pelajar ke arah sesuatu yang sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada kaum politik, bukannya untuk generasi masa hadapan.
Seringkali ungkapan Kebangkitan Pelajar digunakan untuk menghalalkan tindakan golongan pelajar ekstremis yang menjadikan status mereka sebagai pelajar untuk melakukan kekacauan. Ini berlaku di seluruh dunia, terutama sekali di Amerika Tengah.
Anwar melihat kekacauan yang ditimbulkan oleh golongan pelajar di Amerika Selatan sehingga menggugat kestabilan kerajaan dan negara, sekaligus mewujudkan darurat, menjadi medan terbaiknya untuk melarikan diri daripada menerima akibat setelah dia tidak mampu menahan hawa nafsunya yang terlalu membara.
Hasutan demi hasutan dibuat terhadap golongan pelajar tersebut. Sesuatu yang membezakan antara pelajar-pelajar di Amerika Selatan dengan pelajar-pelajar di Malaysia ialah, kebangkitan pelajar-pelajar di Amerika Selatan mempunyai asas-asas yang kukuh terutama sekali yang membabitkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pelajaran, khususnya kerana prasarana pendidikan yang tidak dibangunkan oleh kerajaan.
Sedangkan pelajar-pelajar Malaysia yang cuba bangkit merusuh pula, langsung tidak mempunyai asas untuk berbuat begitu. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar yang terbabit adalah pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera. Kemasukan mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan kepada status Melayu-Bumiputera semata-mata, bukan kerana merit walaupun mereka teringin hendak mengaku merit adalah sebabnya.
Pertemuan SMM dengan Anwar Ibrahim yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut, sudah cukup untuk membuktikan bagaimana terdesaknya Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan punggungnya. Anwar memerlukan pembabitan kaum pelajar dalam kesnya, sekurang-kurangnya untuk menimbulkan huru-hara dan persepsi.
Berbanding dengan kerajaan atau UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang lain, Pakatan memberikan perhatian dan galakan khusus kepada kaum pelajar untuk mempamerkan tentangan terhadap kerajaan. Tujuan sebenar kaum pelajar dihantar ke pusat-pusat pengajian tinggi, tidak pernah dititikberatkan oleh Pakatan. Pakatan lebih berminat dengan kaum pelajar yang mampu terbabit dalam politik sepenuhnya berbanding pelajaran.
Seperti juga Anwar Ibrahim yang tidak berminat dengan pelajaran dan tidak pernah menghabiskan pelajarannya, tetapi mahu digambarkan sebagai seorang yang bijak, acuan tersebut turut dikenakan ke atas kaum pelajar yang condong kepada Pakatan Rakyat.
Dek kerana itulah, Anwar semakin kuat menghasut kaum pelajar agar lebih ramai pelajar universiti yang mampu menggantikan tempatnya iaitu pencetus dan penghasut kepada kekacauan, huru-hara serta ketidakstabilan negara!!!

AWASI AL JUBURI 901 !

Jangan terperangkap sandiwara Anwar .....    PADA  901 !!!!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi mahu mengheret rakyat dalam isu moralnya menerusi Kempen Bebaskan Anwar 901.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar umpama mengetahui beliau akan dijatuhkan hukuman bersalah dan mengharapkan simpati rakyat.
"Adakah kerana seorang individu, maka kita sanggup membiarkan negara menjadi kacau-bilau.
"Rakyat terutamanya mahasiswa perlu berfikir sebaik-baiknya kesan jika ketegangan akibat demonstrasi liar berulang kembali," katanya.
Beliau mengulas desas-desus gerakan besar-besaran membabitkan pelbagai aktiviti yang sedang diatur pihak tertentu bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar menjelang keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini.
Beliau berkata, Anwar sepatutnya bersara daripada politik jika benar ingin menyumbang kepada negara.
"Serahkan kepada badan kehakiman negara. Jika beliau disabitkan bersalah dan tidak berpuas hati, rayuan masih boleh dibuat di Mahkamah Rayuan," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat diminta tidak mudah terpedaya dengan strategi Ketua Pembangkang yang cuba menunjukkan seolah-olah dia menjadi mangsa konspirasi.
"Beliau juga dilihat semakin terdesak dan menggunakan mahasiswa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan negara.
"Usaha ini tidak wajar disokong rakyat. Belum ada keputusan mahkamah sudah mula berkempen untuk membebaskannya," jelasnya.
Anuar berkata, Anwar sepatutnya berani menerima keputusan dan tidak melibatkan rakyat dalam kes liwatnya.

SEALAMAT TINGGAL PAS !

42 ahli Pas masuk UMNO di Kepala Batas




Mohd. Subhie Yaakob (tengah) bersama Azhar Ibrahim (kanan) dan Reezal Merican Naina Merican serta ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO di Kepala Batas, semalam.


KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.
Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.
"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.
"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.
Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.
Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.
"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.
"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.
Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

HANYA SEDIKIT ALLAH MENDUGA PAS, MEREKA HILANG PEDOMEN .... 

Sunday, December 25, 2011

PENDUKUNG PAS TAK TAHU NAK TAUBAT ?

Pas Sudah Terbiasa Prasangka Buruk dan Api Fitnah ........ Terhadap UMNO !










Pas : Kononnya Hanya Mereka Pejuang Islam ! 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan UMNO di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.
“Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.
“Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.
Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.
“Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas.
“Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti,” katanya.
Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.
“Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja,” katanya.
Berhubung isu beliau dilihat menggunakan “media UMNO” untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.
“Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya,” katanya.
Beliau mendakwa akhbar “Harakah” terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.
Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung “negara berkebajikan” pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui  terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti.
Ternyata: Kepimpinan Pas bersifat unsur-unsur syiah disini, siapa yang menentang mereka maka halal darahnya dan layak dibunuh.

Saturday, December 24, 2011

Roboh Madrasah : Bala Allah Akan Turun Dalam Pru13 !

Kerajaan Pas Bukan Saja Tak Cerdik Tapi MB Bodoh........... Islam Not For Sale !



“Pas hanya pandai bercakap, pandai berbohong.  Jelas kerajaan Pas Kedah bukan saja gagal bertindak dan mentadbir malah tidak sensetif dengan agama apabila membuat keputusan merobohkan sebuah madrasah yang berusia lebih 100 tahun demi untuk membina kompleks membeli belah”,  Badrol Hisham Hashim.
Tegas beliau Pemuda UMNO tidak menolak pembangunan di kawasan itu tetapi kesal dengan tindakan merobohkan madrasah yang sudah berusia lebih 100 tahun.
“Kalau kerajaan Pas Kedah bijak dan sensetif mereka sepatutnya membangunkan semula madrasah ini dengan wajah baru seiring dengan pembinaan hotel dan pusat membeli belah di sebelah madrasah ini.
“Ini bukan tidak boleh dilakukan… sebagai contoh ada pusak membeli belah yang besar diKuala Lumpurtapi mereka tak robohkan kuil yang ada di situ.  Kenapa kerajaan Pas Kedah yang kononnya lantang memperjuangkan Islam tapi dalam hal ini seperti orang tak cerdik”, katanya.
Jelas beliau lagi walaupun madrasah yang dirobohkan ini akan  digantikan dengan surau di pusat membeli belah namun ia sudah tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di surau itu oleh masyarakat.
“Lagipun tapak madrasah ini telah diwakafkan untuk pembinaan surau. Jadi tindakan kerajaan Pas untuk merobohkan madrasah ini dilihat tidak wajar. Kita yakin agama lain pun tidak akan setuju jika rumah ibadat mereka dirobohkan,” ujarnya.

Thursday, December 22, 2011

PAS .... DIKUASAI PUAK-PUAK ALJUBURI !

Pas tinggalkan perjuangan demi kuasa .......Gila Kuasa !



"Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan.
''Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita.
''Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita".
Inilah pesanan Prof. Dr. Zulkifli Mohamad kepada kepimpinan Pas pada awal penubuhan parti itu. Pesanan itu disampaikan kerana Allahyarham Dr.Zulkifli tidak mahu Pas tergelincir daripada landasan perjuangan bagi menegakkan Islam di negara ini.
Tetapi soalnya masih adakah keikhlasan untuk membawa kembali Pas ke landasan perjuangan asal? Sukar dipastikan, apa yang nyata dalam usaha Pas memburu kuasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, percayalah seruan agar Pas meninggalkan negara berkebajikan dan kembali ke matlamat asal menubuhkan negara Islam tidak akan dipedulikan. Dalam situasi yang dianggap kritikal ketika ini, Pas sudah pastilah tidak mahu melakukan tindakan yang akan dilihat boleh merugikan matlamat politik mereka dalam pilihan raya umum nanti.
Kepimpinan Pas sudah nekad bahawa dalam pilihan raya umum nanti apa pun berlaku mereka harus bersama PKR dan DAP menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Soal siapa untung siapa rugi selepas itu, ia perhitungan kedua. Apa yang paling mustahak pemerintahan BN perlu ditamatkan kerana pilihan raya umum kali ini dianggap pembangkang sebagai peluang paling keemasan.
Kita tidak pasti atas dasar apa pembangkang termasuk Pas begitu yakin bahawa rakyat akan menyebelahi mereka sedangkan pelbagai pungutan suara yang dibuat menunjukkan populariti pembangkang semakin merudum.
Tidak kisahlah itu hak pembangkang untuk 'syok sendiri', apa yang hendak diperkatakan ialah nasib Pas selepas pilihan raya umum nanti. Ketika PKR dan DAP sedang merancang strategi bagaimana untuk menguasai lebih banyak kerusi, Pas masih bergelut dengan masalah dalamannya yang berpunca daripada kegelisahan melihat Pas menggadaikan segala-galanya untuk mencari kuasa politik.
Sebab itulah munculnya pemimpin-pemimpin seperti Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Biar pun pelbagai tohmahan dilemparkan, namun kedua-dua mereka tetap istiqamah dan semakin lantang memperingatkan Pas bahawa parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan asal.
Soalnya, apakah perjuangan Dr. Hasan dan Nasharuddin yang tulus ikhlas mengingatkan Pas akan berjaya? Sekarang ini sudah banyak andaian (mungkin juga tohmahan) yang menyalah tafsirkan pendirian tegas kedua-dua pemimpin tersebut.


Pas perlu disedarkan bahawa mereka sudah tersasar daripada asas perjuangannya dan tidak boleh terus berjuang dalam medan politik dengan 'remote control'nya dipegang oleh PKR dan DAP. Sebab itulah Allahyarham Prof.Dr. Zulkifli mengingatkan soal keikhlasan kerana tanpa keikhlasan Pas tidak akan ke mana.
Bagi Pas, sudah tentulah apa yang paling penting ialah orang mahu melihat sejauh manakah keikhlasan untuk berpegang kepada perjuangan Islam yang suatu ketika dulu menjadi pegangan kukuh parti berkenaan.
Bukankah ini yang menjadi punca Pas melihat UMNO sebagai musuh dulu, kini dan selamanya sehinggakan hendak duduk semeja bagi membincangkan perpaduan Melayu pun dituduh UMNO ada muslihat.
Bukankah kerana perjuangan Islam inilah, umat Islam berpecah-belah akibat berbeza fahaman politik? Bukankah kerana perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas juga menyebabkan perlembagaan negara dianggap kafir? Bukankah kerana perjuangan Islam ini juga ada kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang Pas?
Dan kita juga hendak bertanya bukankah kerana perjuangan Islam itu juga yang menyebabkan sehingga ke hari ini isu solat Jumaat dua imam dalam satu kariah masih belum selesai sehingga ke hari ini? Justeru wajarkah setelah berpuluh-puluh tahun Pas menguar-uarkan mengenai perjuangan Islam dan bermati-matian hendak menegakkan negara Islam ia ditinggalkan begitu sahaja semata-mata untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP?
Sebab itulah keresahan Hasan dan Nasruddin serta penyokong Pas di peringkat akar umbi ada asasnya.
Kalau Pas sudah tidak mahu memperjuangkan lagi negara Islam dan memperjuangkan Islam, janganlah mereka hendak menuding jari mempertikaikan usaha UMNO memartabatkan Islam.
Mahu tidak mahu Pas perlu akui dalam usaha tersebut, UMNO jauh lebih ikhlas dan istiqamah, sebab itulah Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain.
Sepanjang memerintah negara ini bersama parti-parti komponen BN yang lain, UMNO telah berjaya menonjol, mengembang dan mempertahankan Islam sedaya upaya, tetapi apa Pas sudah buat?
Lebih daripada itu, sementara kaum-kaum lain dibela, UMNO tidak pernah mempertaruhkan nasib orang Melayu dan umat Islam apatah lagi menggadaikan prinsip perjuangannya semata-mata bagi memburu kuasa politik. Ini berbeza dengan Pas sejak berkawan dengan PKR dan DAP, segala-galanya sudah boleh bertolak-ansur dan segala-galanya boleh dikompromi hatta melibatkan prinsip perjuangan sendiri.