Monday, February 13, 2012

PAS @ ‘parti ajaran sesat’ 2


Fatwa Pas dan Kafirkan Sesama Islam 2

  



Mempertahan Kafir dan Mencemuh sesama Islam
Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk daripada Islam nasionalis Melayu.

“Nik Aziz lebih teruk daripada Islam nasionalis. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik daripada segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia.
 Hasil perjuangan nasionalis Melayu Islam!
Zaman sekarang berbeza dengan zaman British di mana ketika itu, ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi.
Namun, katanya hasil perjuangan nasionalis Melayu, negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.
“Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.
Sebaliknya, Apakah hasil terbesar Pas ialah menganjur perpecahbelahan  orang Islam di negara ini.
Penubuhan Pas itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.
Pas turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila Pas mengadakan solat Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang Pas dengan orang UMNO, larangan anggota Pas menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang Pas daripada orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga Pas ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

Pas bertanding pada pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986, ia mendakwa bahawa UMNO  yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.
 Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan (Rakyat)  Pas sanggup mengetepikan soal kafir kerana ingin menjadikan Pakatan Rakyat musuh kuat UMNO.

Inilah sumbangan Pas kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara, tidak dihiraukan oleh Pas.