Siapa Yang Layak Agaknya ?

Hadi tidak mahu bertanding










SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian beliau tidak ada sebarang hasrat mahu menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) dapat membentuk kerajaan pusat.

Sebaliknya tegas beliau, apa yang penting ialah pihaknya mahu memperkasakan Islam selain mencapai sasaran PR menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, perikatan berusia empat tahun itu mempunyai personaliti-personaliti yang layak untuk mengisi jawatan tertinggi itu apabila PR dapat memenangi pilihan raya umum peringkat pusat.

"Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri.