Monday, December 12, 2011

PAS MEMPERMAINKAN ISLAM, ALQUR'AN DAN HADIS.

Hudud Tiada Dalam Manifesto Pas, Sah!! Pas dikuasai Dapig....


 
Hukum hudud hanyalah gimik politik Pas yang sememangnya telah diguna pakai oleh parti tersebut sejak dari awal penubuhan mereka sebagai tarikan kepada orang Islam sendiri bagi memberikan sokongan kepada parti terbabit.
Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Prof. Madya Datuk Dr. Baharudin Putih berkata  situasi Pas dalam pakatan pembangkang sekarang dilihat sudah semakin kendur ekoran ketidakmampuan mereka mempertahankan hudud apatah lagi untuk dimuatkan dalam manifesto pembangkang.
“Dulu mereka menyebut tentang hudud untuk tarik undi dari orang-orang Melayu kerana waktu itu mereka tidak menyangka akan dapat mentadbir negeri dan hari ini apabila mereka ada dalam pakatan pembangkang maka mereka menjadi MENJADI TAK BERGUNA,” katanya.
Jelas beliau, para pemimpin Pas sudah serba salah lantaran sekiranya hukum dudud tidak disebut sebagai salah satu daripada gimik politik mereka khususnya dalam sesi ceramah maka tentunya pengundi Melayu tidak akan memberikan sokongan kepada mereka kerana telah terbukti itu satu penipuan.
“Begitu juga sekiranya hukum hudud terus dimainkan dalam polemik ceramah politik mereka lantaran hari ini mereka dalam pakatan pembangkang maka tentunya undi rakyat terhadap pakatan tersebut juga dikhuatiri berkurang kerana keinginan untuk melaksanakan hudud.
“Ini ditambah lagi dengan tentangan yang dibuat terang-terangan oleh pemimpin DAP yang sememangnya menolak pelaksanaan hukum hudud apatah lagi untuk dimasukkan dalam manifesto pakatan pembangkang, maka jadilah hari ini Pas seakan parti caca merba yang tidak ada pendirian dan semakin hilang keyakinan pada ideologi sendiri,” katanya.
Dalam hal ini, beliau menempelak pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang seringkali menggunakan hudud sebagai salah satu alat bagi menarik undi orang Melayu kononnya atas nama Islam.
“Dalam dunia hari ini, negara Islam manakah yang benar-benar melaksanakan hukum hudud secara total waima Arab Saudi juga amat jarang sekali mempraktikkannya dalam pentadbiran mereka.
“Inilah sebenarnya pemalsuan tentang Islam yang dilakukan oleh Pas iaitu menggunakan hudud sebagai cara menunjukkan keseluruhan Islam sedangkan sebenarnya ia adalah gimik atau sandiiwara dalam lakonan politik demi kepentingan mereka semata-mata.”
Tegasnya lagi, sekiranya benar Pas adalah sebuah parti politik yang berjuang demi menegakkan hukum Islam maka kenapa tidak saja tinggalkan perjuangan dalam pakatan pembangkang yang menolak pelaksanaan negara Islam dan kemudiannya bergabung bersama UMNO atas nama perpaduan bangsa Melayu.
“Fikirkanlah apa peranan DAP dalam pakatan pembangkang yang sehingga hari ini dilihat semakin menjinakkan Pas dalam urusan-urusan berkaitan Islam sehinggakan idealoginya juga boleh diubah begitu saja.
“Bayangkanlah, adakah parti sedemikian yang mahu diletakkan sebagai jaminan untuk masa depan negara dan generasi akan datang sedangkan parti terbabit tidak pernah memikirkan sesuatu yang terbaik buat rakyat.”
Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa rakyat memikirkan kembali peranan UMNO yang sentiasa berusaha memperjuangkan agama, bangsa dan negara sehinggakan Malaysia dikenali dan dikagumi dimata dunia.
“Gambaran kepimpinan bangsa Melayu dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia telah terkenal di peringkat antarabangsa sehinggakan bukan hanya negara-negara Islam termasuk di Timur Tengah kagum malahan negara-negara maju seperti Amerika, Britain, Jepun dan China hormat dan menjadikan negara kita sebagai model contoh yang sentiasa dalam perhatian mereka.
“Janganlah kita mahu menjadikan bangsa kita sebagai korban kerana kerakusan terhadap kuasa dan politik serta mempraktikkan Islam dengan fikiran jumud yang akhirnya akan merugikan bangsa kita sendiri ekoran tiada perpaduan dan berpecah-belah.” 
' WAHAI BANGSAKU MARI KITA KUBURKAN PARTI MUNAFIK INI' 

No comments: