Monday, February 20, 2012

Nik Aziz Tutup Buku .... Isu AnuWar Israel ! Halal


Mu Berak Koksir ? Puah Pok Nik Dok Basoh ! Anggap Semua Selesai .... Israel Halal.










Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.Mungkin ini adalah antara ayat yang akan terpancul daripada Mursyidul Am Pas
“Justeru perkara ini tutup buku dan tidak ada apa lagi yang perlu dipertikaikan. Isu ini hanya salah faham dan berharap semua pihak tidak lagi menjaja isu berkenaan”.
“Jika ini berlaku, bukan sahaja integriti dan keberanian Nik Aziz serta Pas akan terus dipersoalkan serta dipandang sepi malah akan memberi impak dan kesan kepada Islam itu sendiri.
“Yerlah….laungan parti yang kononnya berpaksikan kepada Islam bukan main garang desak Anwar tarik balik atau saman WSJ ekoran kenyataan Ketua Pembangkang berhubung Israel. Alih-alih selesai dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan,“ katanya.
Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata beliau menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel.
Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama Pas yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.
Anwar juga dilaporkan akan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat bagi membincangkan isu yang berbangkit itu.
Dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Palestin-Israel, lebih sopan dan berhemah. Kah, Kah ???
Prof Mohd Noor seterusnya menegaskan jika itulah keputusan Nik Aziz serta parti Pas kelak, ianya satu pengkhianatan kepada Islam itu sendiri.
“Perasaan was-was pun ada dalam diri saya ini sama ada Nik Aziz akan konsisten atau sebaliknya dengan keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini.
“Apapun tunggulah nanti kita tengok sejauh mana keberanian Nik Aziz dan pimpinannya berdepan dengan Anwar yang dianggap sebagai pemimpin suci pembangkang,“ katanya.