Leuniey nafi Apex punca dia putus tunang ...........
KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fatmi Che Mat, menafikan pertunganannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.
Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.
“Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.
“Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex,” katanya pada sidang media di butik pengantin milik
ibunya di sini, semalam.
Menurutnya, hanya rakan terdekat dan keluarga yang tahu mengenai kisah putus tunang antara dia dan pasangan, dan isu mengaitkan Apex amat memeranjatkan dia dan keluarga.
“Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti,” katanya.

Dia yang bertunang pada 16 Disember lalu dan terputus sebulan kemudian berharap, penjelasannya akan menamatkan isu berkenaan dan tidak ada lagi dakwaan yang mengaitkan Apex dengannya.
Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.
“Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya,” katanya, yang turut mengakui tidak meminati sukan bola sepak termasuk pemain kebangsaan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Apex yang kini berada di Bahrain menjadi punca keretakan
hubungan Leuniey dan pasangannya.
Susulan itu, ayah Apex, Che Mat Hussin melahirkan kekecewaan dengan tuduhan terbaru terhadap anaknya itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk mengawasinya, yang dikatakan berada dalam situasi terancam.