Friday, August 19, 2011

ANUWAR BACUL !

SYAITAN DAN JAJAHAN TAKLUKNYA MENGHALANG PERTUDUHAN QAZAF....
 
Setelah lebih 66 kali permohonan penangguhan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia rimas dengan permainan Anwar Ibrahim yang sengaja menangguhkan perbicaraan itu, kali ini mengalih pandangan rakyat ke atas kes qazaf yang dikenakan ke atasnya.

Anwar Ibrahim sekali lagi bermain ‘drama swasta’ apabila memfailkan permohonan menghalang peguam syarie, Datuk Zainul Abu Bakar daripada mewakili   tiga responden berhubung rayuan kes pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Ketiga-tiga responden tersebut ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hanya alasan mendakwa peguam syarie, Zainul Rijal telah berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan.

Saman yang menamakan Zainul Rijal sebagai defendan itu, difailkan oleh Ketua Pembangkang tersebut melalui firma guaman, Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi di Mahkamah Rayuan Syariah.

Anwar Ibrahim hadir di mahkamah bersama isteri tercinta, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta peguam-peguam syarie yang mewakilinya, Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Dorina Abdullah.

Anwar Ibrahim juga mendakwa wujud percanggahan atau kepentingan bagi pihak peguam syarie tersebut. Pemimpin pembangkang itu dalam afidavitnya antara lain memohon kos permohonan itu ditanggung oleh defendan dan perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 14 April 2010, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan Anwar Ibrahim supaya pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan itu diperintahkan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful Bukhari.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar telah memfailkan rayuan pada 23 April tahun yang sama.


Pertuduhan qazaf membawa maksud membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.

Kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tindakan terbaru Anwar Ibrahim itu secara nyata membelakangkan perbicaraan berlandaskan Islam. Sekiranya sebelum ini, Anwar Ibrahim ‘bijak’ mempergunakan peguambelanya untuk menangguhkan seberapa banyak kes liwatnya di Mahkamah Tinggi, kali ini juga cuba mempergunakan peguambelanya dalam Mahkamah Syariah.

Berasaskan kepada kesalahan yang dilakukannya jika disabitkan kesalahan, Anwar Ibrahim bukan saja kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen bahkan tidak dibenarkan berpolitik atas tingkahlaku moral.

Anwar Ibrahim juga digesa untuk meneruskan perbicaraan dalam kes qazaf ini memandangkan Islam membenarkan ke atasnya atas aduan mangsa yang dianiaya.

Apakah tidak sakit dubur Saiful Bukhari Azlan apabila ditusuk oleh batang Anwar Ibrahim yang pernah menusuk perempuan Chinadol? Sama-sama kita fikirkan.

No comments: