Sunday, February 05, 2012

Malaysia Ketepatan Perlembagaan Madinah !


Inisiatif kerajaan berkonsep negara Madinah .....




'Selamat Maulidur Rasul untuk semua'

Kebajikan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan masyarakat berbilang bangsa di negara ini kekal bersatu padu kerana ia teras kepada kejayaan agenda transformasi.

Pelbagai inisiatif mesra rakyat yang bertepatan dengan konsep negara Madinah sebagaimana diasas Rasulullah SAW telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan,mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA); dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Selain itu, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia; Baucar Buku 1Malaysia (BB1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) turut diwujudkan.

"Semua inisiatif ini bertepatan dengan konsep negara Madinah yang diasaskan Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat," Tulisan PM sempena perutusan Maulidur Rasul di blognya, http://www.1malaysia.com.my/ hari ini.