Thursday, February 14, 2013

TOLONG JGN JADI BATU API .. MENGKHIANATI CINTA


Masih Aku Cinta ........ Shila buat Sharnaaz


Menerusi laman mikro Twitternya hari ini, Shila memperkenalkan lagu tersebut kepada peminatnya.

Ekoran konflik yang melanda hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini, lagu tersebut dikatakan dituju buat kekasihnya itu.

"My new sounds, Masih Aku Cinta... lagu baru saya... lagu yang saya tulis untuk dia)," tulisnya pada 5.30 petang tadi.

Dalam interaksinya dengan peminat di Twitter, Shila seakan mengesahkan lagu tersebut untuk seseorang lelaki yang diduga sebagai Sharnaaz.

Shila menjawab "ya" ketika @zeehedzline menulis, "adakah untuk dia?"

Lirik lagu yang antaranya menyebut tentang cinta yang tidak kesampaian itu seolah-olah menjelaskan kisah cintanya dengan Sharnaaz yang masih tidak diketahui penghujungnya.

Antara bait lirik lagu tersebut, "biarpun kau tak lagi ada denganku, takkan ku bisa melupakan mu, cara mu, memanggil nama ku, terasa seolah kau masih ada."

Dalam berita yang dibawa Sinar Harian Online pagi tadi, Shaznaaz berkata, "saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa hubungan saya dengan Shila Amzah berakhir."

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Media tolong jangan buat spekulasi," tegas Shaznaaz.

Sebelum ini, kemelut cinta Sharnaaz dan Shila memasuki episod baru apabila Sharnaaz dikatakan sudah berundur diri kerana hilang hormat terhadap ayah Shila, ND Lala.

Shila pula dihalang untuk ditemu bual walaupun pada mulanya bersetuju bertemu media sebaik dia selesai persembahan di Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional, baru-baru ini.

Malah, Shila turut dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan yang diarahkan supaya menghalang wartawan mendekati Shila Amzah oleh bapanya, ND Lala.

Berikutan kemelut hubungan cinta dan keluarga, Shila baru-baru telah bertindak menyisihkan diri dan bersendiri tanpa pengawasan keluarga sehingga ND Lala terpaksa membuat laporan polis setelah Shila tidak pulang ke rumah.

Shila juga telah bertindak memuat naik video Ombak Rindu dendangannya pada Jumaat minggu lalu, bagi menggambarkan perasaan dan kemelut yang dihadapinya kini.

Saturday, December 15, 2012

Ulamak Su'




PERINGATAN : ULAMA
JAHAT AKHIR ZAMAN !!!

Nabi bersabda; Selain daripada Dajjal ada satu
perkara yang sangat aku bimbangkan.

Lalu ada orang yang bertanya; Apakah itu wahai
Rasulullah?
Mereka ialah Ulama Jahat...hadis riwayat Ahmad
daripada Abu Daud.

Dajjal itu tujuannya jelas untuk menyesatkan
manusia tetapi ulama jahat ini walaupun
lidahnya pandai memaling orang lain dari cinta
dunia, namun amal dan perbuatan mereka
adalah mengajak orang lain membuat kejahatan
kerana amalan seseorang itu lebih berkesan dari
percakapannya.

Maka apa yang dapat dirosakkan oleh ulamak
jahat ini dengan perbuatan mereka adalah lebih
banyak daripada apa yang dapat dibaikkan oleh
lidah mereka.

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir
zaman ramai ulama su' (jahat)."

Daripada Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah
SAW. hersabda;

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencarikeuntungan dunia dengan menjual
agama. Mereka menunjukkan kepada orang
lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing
(berpura-pura zuhud dari dunia) untuk
mendapat simpati orang ramai, dan percakapan
mereka lebih manis daripada gula.
Padahal hati
mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-
tujuan yang jahat)”.

Allah SWT. Berfirman kepada mereka;

"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?
Ataukah kamu terlampau berani berbohong
kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku
bersumpah akan menurunkan suatu fitnah
yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun
akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah
itu)". H.R Termizi

Friday, November 23, 2012

GERAKAN MEMURTADKAN MELAYU DI SELANGOR


NGO Kristian fokas kwsan miskin bandar ........ exco agama Selangor tidur ?


SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata isu murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor antara lain berpunca daripada kemiskinan dan usaha menanganinya perlu dilaksanakan dengan bijaksana.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, beliau akan melihat langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih terjaga.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat Islam  di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Abdul Khalid berkata agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor juga perlu memantau cara pendakwah agama lain menarik umat Islam serta mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang bertanyakan jumlah umat Islam yang dimurtadkan sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, beliau berkata beliau tidak mempunyai datanya memandangkan isu murtad merupakan isu individu dan keluarga yang tidak dihebahkan.

Bagaimanapun 10 kes berkaitan murtad masih dalam proses mahkamah........... 

Friday, July 06, 2012

Transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor Ada unsur Rasuah ?


MCA persoal transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor ..........

MCA persoal transaksi Talam-Kerajaan Negeri Selangor
Anggota MCA menunjukkan bukti tanah di bawah air yang dibeli di Bestari jaya, Selangor.


MCA mempersoalkan tindakan Talam Corporation Berhad menjual tanah pegangan pajak di Bestari Jaya, RM42 juta lebih tinggi dari harga pasaran kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, tanah seluas 905.2 hektar itu dijual dengan nilai RM181 juta, walaupun masih belum bebas dari bebanan dan masih digadai kepada institusi kewangan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Talam dapat meyakinkan Kerajaan Negeri untuk membayar RM46 juta bagi 230 hektar tanah, kawasan simpanan hutan dan ekologi yang tiada nilai komersil.

“Transaksi ini menimbulkan spekulasi sama ada Talam memiliki skil perundingan yang bagus atau kerajaan negeri tidak faham senario yang sebenar.

“Dakwaan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak kompeten dan tidak mementingkan duit rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurutnya, laporan penilaian Mitra Valuers and Property Consultants Sdn Bhd kepada Talam pada 2010, mendapati tanah tersebut perlu diletakkan pada harga pasaran iaitu RM139 juta atau RM60,000 sehektar dengan syarat perlu bebas dari sebarang bebanan.

Beliau berkata, sebanyak 174 hektar tanah adalah tanah di bawah air yang memerlukan tambahan kos sehingga RM100 juta bagi kerja-kerja menimbus sebelum sebarang kerja pembinaan boleh dimulakan.

"Bagaimana kerajaan negeri sanggup membayar RM35 juta hanya untuk membeli tanah di bawah air, walaupun ia memerlukan kos tinggi untuk kerja-kerja menimbus tanah," katanya.

Selasa lalu, MCA mencabar Kerajaan Negeri Selangor untuk menjelaskan perjanjian bernilai RM1 bilion dengan Talam Corporation.

Manakala, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin menegaskan dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar dan pihaknya akan mendakwa MCA di mahkamah.

Thursday, July 05, 2012

DAP : MENGAPA KG MELAYU JADI SASARAN ?


Jangan ambil hak kami .... ?

Sebahagian daripada 60 penduduk Kampung Genting, Balik Pulau, mengadakan bantahan terhadap kerajaan negeri di hadapan masjid kampung itu di Pulau Pinang, semalam.






MELAYU HARUS SEDAR ! PKR/PAS TAK PERNAH MEMBANTU MELAYU DAN ISLAM ?

Pemilik tanah di Kampung Genting di sini yang diarah berpindah oleh kerajaan DAP Pulau Pinang 
bagi memberi laluan kepada projek pembinaan sebuah universiti awam berikrar akan terus mempertahankan tanah warisan masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Genting, Rosman Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendapat surat daripada kerajaan negeri pada 29 Jun lalu tidak mempunyai kediaman lain jika terpaksa menyerahkan tanah mereka.
“Saya faham kerajaan negeri berhak mengambil tanah ini melalui undang-undang iaitu Akta Kanun Tanah 1960 tetapi bagaimana dengan nasib penduduk kampung.

Wednesday, July 04, 2012

Satu Penggal PKR Selangor ....... Sudah banyak Tahi ?


PKR Selangor seleweng RM1b?

CHUA Tee Yong menunjukkan salah satu dokumen berhubung transaksi bernilai RM1 bilion melibatkan Kerajaan PKR Selangor pada sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, semalam. 

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor 
didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.
Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong, selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan.

Monday, June 25, 2012

Dinar Emas Tertipu !


Dinar KGT tiada ciri Islam ......  

Nik Mahani

'ISLAM ADALAH CARA HIDUP'
Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.
Nik Mahani mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara keseluruhannya.
Malah, beliau yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas konvensional iaitu mementingkan keuntungan.