Kelantan-Kuala Lumpur 3-0
Perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu menyaksikan Kelantan bersemangat mengutip mata penuh apabila membelasah pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 3-0 untuk terus kekal di persada liga.
The Red Warriors terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk merobek gawang Kuala Lumpur menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-46 hasil hantaran Indra Putra Mahayuddin sebelum disusuli jaringan kedua oleh Mohd Badri Mohd Radzi (min-78) dan jaringan ketiga menerusi pemain import dari Ghana Antwi Dennis Agyre (min-76).
TQ