Khalid Abdul Samad










Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, mendakwa hubungan bersama bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dingin setelah enggan membantu Hasan menjadi Menteri Besar Selangor pada 2008.

Beliau berkata, hubungan­ bersama Hasan sebelum itu baik sehingga beliau dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya II oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia.

Menurutnya, pelantikan tersebut jelas menunjukkan, Hasan tidak menganggap beliau sebagai parasit, tetapi sebaliknya sebagai orang kanan dalam Pas Selangor.

“Pada 2008 hubungan mula berubah, apabila saya menolak berkerjasama dengan Umno yang dikemukakan (Hasan).

“Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hasan Ali akan dilantik sebagai menteri besar dan itu adalah apa yang ditawarkan Umno,” katanya dalam blog, semalam.

Khalid berkata, hubungan menjadi lebih rapuh setelah beliau menamakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Hasan Ali dikhianati" apabila 'Kerajaan Perpaduan' diperlukan demi Islam.