Wednesday, February 08, 2012

AnuWar : Gila Kuasa ???

Pendirian Al Juburi ancam negara.......... 



Kiri Ismail Mina Ahmad, Dr. Maamor Osman


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan berbahaya dan boleh mengancam negara.
I
Ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad, kenyataan ketua pembangkang itu dikhuatiri akan menyebabkan golongan radikal pro-Palestin melabel Malaysia sebagai antara negara penyokong rejim Zionis.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.


“Entiti haram Israel tersebut ditubuhkan atas konspirasi Zionis-Kristian yang bermatlamat merampas hak rakyat Palestin. Semua pihak seharusnya bertanggungjawab mengembalikan status quo serta hak tersebut kepada penduduk asal Baitulmaqdis,” ujar beliau.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang menegah usaha menyokong perjuangan bangsa Yahudi seperti yang termaktub pada Surah al-Baqarah ayat 120.


“Pendirian Anwar itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, Anwar perlu bertaubat dengan kembali ke pangkal jalan kerana menagih sokongan masyarakat Yahudi.

“Alhamdulillah, sejak dahulu lagi, polisi negara kita sentiasa kukuh dalam menyokong gerakan pembebasan Palestin dan kita percaya tindakan meminta sokongan musuh adalah tidak betul dan bertentangan dengan agama Islam.
“Saya juga akan berdoa kepada Allah agar Anwar terbuka hati menerima hidayah serta menyedari perbuatan beliau adalah salah dan memperbetulkan langkahnya demi kesucian Islam sejagat,” kata beliau.