Tuesday, February 21, 2012

Ayah Pin II ?


Anutan Pluralisme Agama Anwar Ibrahim..

akarim Omar – Teguran demi teguran telah dibuat. Mesej yang dibawa telah pun sampai kepada beliau. Namun, Anwar Ibrahim bagai tidak menghiraukan itu semua malah semakin galak dengan menzahirkan anutan pluralisme agamanya (baca: Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata).
Selepas meneliti beberapa keping gambar serta rakaman video Anwar menghadiri serta menyertai ritual agama orang Hindu baru-baru ini bagaikan kemuncak bagi beliau dalam menempelak orang-orang yang sekian ketika berusaha menegur dan menasihatinya.
Susun atur imej-imej berikut dapat memberi gambaran yang lebih jelas:

Dulang Api

CALIT DAHI

Tanda Apa ?
Tidak cukup dengan gambar-gambar di atas, satu rakaman video yang berlegar di youtube (boleh tonton di sini: klik) jelas juga mengambarkan pulak Anwar, dalam majlis yang sama, menyanyi dan menari di atas pentas dengan turut diberi sokongan dan tepukan oleh barisan pimpinan PKR Islam termasuk Dr. Mohd Nor Manuty yang saya kagumi ilmunya.
Keratan “frame” dari video tersebut seperti di bawah jelas menunjukkan Dr. Mohd Nor dan beberapa wanita Islam yang bertudung turut sama bertepuk di atas pentas tersebut.
Dalam hal ini, hanya Anwar dan Dr. Mohd Nor sendiri sahaja yang dapat memberi penjelasannya. Jika tidak inilah petanda yang Anwar sememangnya bersungguh dalam anutan pluralisme agamanya. DAN jika Anwar mahu membersihkan namanya dia wajib memberi penjelasan dan tidak lagi berdolak-dalih seperti ini (klik).