Friday, February 03, 2012

AWAS ....... SIKETUA PENIPU !


Bertaubatlah Sebelum Terlambat !....dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Hujraat:12)


Semasa ceramah di Dengkil, Anwar juga turut menyentuh tentang rencana di Wall Street Journal tentang sokongannya terhadap Israel.
“Ditanya saya tentang hubungan Palestin-Israel..saya kata..Pertama..mesti pertahankan hak aspirasi perjuangan rakyat Palestin.
“Kedua..kalau ini diterima..saya tidak pertikai untuk jaga kedamaian supaya jangan ada peperangan di antara Palestin dan Israel, maka saya kata, saya terima kerajaan Israel dipelihara dengan aman”, katanya.
Namun penerangan Anwar di Dengkil berbeza dengan laporan Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan yang memberi keutamaan Anwar untuk menyokong dan menjaga Israel serta mengkesampingkan isu Palestin.











Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkataI support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state,  a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan Negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Dua orang bekas orang kanan Anwar, senator Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari yakin kata-kata Anwar di WSJ adalah kata-kata sebenar yang lahir hatinya yang menggambarkan sikap dan pegangannya terhadap Israel.
“Sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel ? Malah setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel. Apa Anwar tidak tahu semua ini ?
““Dia tahu tetapi yang penting bagi Anwar adalah (kepentingan) dirinya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan Yahudi selepas menghentam APCO tempoh hari adalah buat kenyataan pertahankan hak Israel seperti yang dinyatakan dalam Wall Street Journal tempohari”, kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar.
Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar mencabar Ketua Umum PKR itu agar menyaman WSJ, jika sekiranya, media itu tersalah petik berkenaan percakapannya.
“Kenyataan Anwar tentang Israel itu dipetik dari WSJ, jadi kenapa disalahkah media lain.
“Saya percaya media lain memetik bulat-bulat apa yang terkandung dalam WSJ, jadi jika dia nak beri amaran atau ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan terhadap WSJ terlebih dahulu.
“Saya percaya ia adalah apa yang diperkatakan Anwar dan WSJ idak tersalah petik. Pendirian sebenar tidak dapat disembunyikan lagi dengan beberapa petunjuk terkini seperti Israel ‘syurga’ LGBT.
“Kini, Anwar tidak dapat menahan diri lagi daripada menunjukkan sokongan kepada Israel”