SERANG :Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Isu Pasir ! Khalid.
Suara Anak Muda Selangor (SERANG) mencabar kerajaan negeri Selangor kalau berani, tubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat isu pasir di Selangor.
Pengerusinya, Budiman Haji Zohdi berkata, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak sepatutnya berdolak dalik atau mempunyai sikap denial sindrom dengan menyalahkan orang lain dalam kelemahan pentadbirannya.
“Jika sebelum ini, Khalid Ibrahim telah berjanji pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan menyumbang RM150 juta hasil pasir kepada kerajaan negeri, tetapi sampai sekarang, kita tak tahu berapa jumlah sebenar sumbangan KSSB ataupun tidak ada langsung.
“Rakyat nak tahu, apa yang mereka janjikan, adakah benar-benar mereka laksanakan. Begitu juga dengan penglibatan dua orang ADUNnya dalam skandal pasir tersebut, perlu ada siasatan segera sejauh mana penglibatan dua ADUN tersebut,” ujarnya.
'Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan berhubung skandal pasir Selangor ini.'
“SPRM tidak harus mendiamkan diri kerana sejak dua tahun lepas, banyak pihak bukan sahaja telah membuat laporan malah menyerahkan dokumen bukti penyelewengan dan salah laku mereka yang terlibat dalam skandal pasir ini.
Takkan dalam masa dua tahun ini, tidak ada siasatan yang dibuat, kami masih setia menunggukan laporan siasatan SPRM dalam kes ini ???