Friday, February 10, 2012

Pas: Sengsara akibat Parasit ....? Tunggu Reput.

Hadi Kecewa:  Pas Ibarat Tunggul dipenuhi Parasit ....? 









Merasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas sejak kebelakangan ini menyebabkan presidennya , Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum  akan datang.
Presiden Pas itu mengambil keputusan sedemikian apabila menyedari kepimpinannya tidak dipedulikan oleh partinya dan terpaksa mengikut telunjuk pihak luar untuk membuat sesuatu keputusan.
“Contoh paling jelas ialah apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali (bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor), beliau dipecat tanpa diberi peluang selepas mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Sebelum ini Dr Hasan lantang mempertahankan Islam walaupun tidak disenangi DAP dan PKR, namun selepas kes membabitkan Anwar Ibrahim, Dr Hasan terus dipecat, ini menunjukkan adanya  tangan-tangan ghaib dalam membuat keputusan itu.
ini terbukti apabila Dr Hasan dipecat daripada Pas selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan supaya tindakan diambil berhubung kenyataan yang dibuat terhadap ketua pembangkang.
'Abdul Hadi merasa kecewa dan merasa dirinya tidak diperlukan  bukan sahaja sebagai presiden'