Tuesday, February 28, 2012

Petunjuk Allah ... kpd kaum yang Mungkar !


Bini Ore, melarikan diri untuk jumpa Ostat Badrul Amin ...pkr.



SEGALANYA HALAL ... untuk PAKATAN RAKYAT
Selepas kena cekup baru tuntut cerai ??? bala, bala !
Cerita khalwat Ostat Badrul semakin menarik bila perempuan berkenaan bersuara dan menafikan juga kejadian khalwat antara mereka.  Akhbar Sinar Harian berjaya menemuramah wanita berkenaan dan beliau akui melarikan diri dari suaminya untuk berjumpa Ostat Badrul Amin meminta pertolongan .

Jadi maknanya bukan UMNO la yang membawa wanita ini berjumpa Ostat PKR dan beliau sendiri rela hati ke situ .
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian? 

Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!


“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!

Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan.


“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya.


“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.


“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini.

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain.


“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah.

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.


Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.SH


Nota : Apa kata CCTV.... ????