Fatwa Pas dan Kafirkan Sesama Islam 3
Apa Kesucian Dalam Niat Sembahyang Ini
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai pendakwah yang hanya berjaya menyebarkan “ajaran Pas” dan bukannya ajaran Islam.
Datuk Alwi Che Mat berkata perkara itu terbukti hari ini apabila Nik Aziz masih terbelenggu dengan sikap serta tindak tanduk yang tidak menggambarkan sebagai pendakwah Islam yang sebenar.
Menurut beliau semua umat Islam adalah pendakwah dan bukannya hakim yang boleh mengeluarkan sebarang “fatwa” yang tersendiri sepertimana yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap UMNO dan sebagainya.
“Atas dasar itu, kita melihat Nik Aziz ini hanya seorang pendakwah yang berjaya menyebarkan “ajaran Pas”. Bukankah Nik Aziz mengajar bahawa undi selain undi Pas adalah jahililiah dan bukankah Nik Aziz juga menyebut 'undi Pas masuk syurga ' sebelum ini.
“Begitu juga “kejayaan” Nik Aziz di dalam rakan pakatan mereka yang mana hanya berjaya membawa anggota Dap untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam. Apakah ini pendakwah sebenar.“Atas dasar itu, kita melihat Nik Aziz ini hanya seorang pendakwah yang berjaya menyebarkan “ajaran Pas”. Bukankah Nik Aziz mengajar bahawa undi selain undi Pas adalah jahililiah dan bukankah Nik Aziz juga menyebut 'undi Pas masuk syurga ' sebelum ini.