Wednesday, February 22, 2012

Nampak Sangat Sipenipu Tu ... Nak Tipu Nik Ajis ?


Terserah kepada Anwar nak terima atau tidak - Nik Aziz





Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan parti itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.

Pendirian Pas adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa perikemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

Adalah haram, menerima kewujudan negara Israel yang haram, ditambah lagi dengan tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Pendirian Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, iaitu Pas sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel dan tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

"Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pendirian Pas ini,” Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pada beliau adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.