Wednesday, February 01, 2012

Tubuh Saja Parti Baru !


Cadangan: 'Parti Jamaah Malaysia '  - PAJAM



Hasan tubuh 'JATI'

Untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja Melayu. 
Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali 'JATI' 
Katanya, JATI yang akan dirasmikan penubuhannya di Pusat Konvensyen Shah Alam, 21 Februari ini, dijangka disertai beberapa NGO Islam dan bukan Islam dari seluruh negara.
Katanya, ia berperanan sebagai sebuah kuasa ketiga, yang berfungsi menjaga kepentingan akidah umat Islam, serta bertindak sebagai pihak pengimbang bagi pergerakan politik negara ini.
“Semua ahli dalam NGO Islam dan bukan Islam di seluruh negara dipelawa menjadi ahli JATI. Pertubuhan ini akan menjadi kuasa ketiga di negara ini. 
“Secara peribadi orang tanya saya nak sertai UMNO atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI,” kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada sidang media selepas berceramah di Seksyen 17, di sini, semalam. 

JATI akan meneruskan usaha murni menjaga akidah umat Islam daripada diganggu-gugat beberapa fahaman yang cuba dibawa oleh parti politik tertentu di negara ini, termasuk sosialisme, liberalisme dan pluralisme. 

“Isu mengenai fahaman anwarisme, pluralisme dan perkara berkaitan homoseksual yang semuanya dikatakan mengelilingi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keberkesanan PAS sebagai parti memperjuangkan Islam adalah antara agenda utama yang akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi penubuhan JATI,” katanya.