Pas Bodo Jilat Jubor To'pek ....!!!!
Sejak kejadian Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang didakwa diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pas dilihat buat pertama kalinya menjadi begitu tertib dan berhati-hati di dalam mengeluarkan pandangan sungguhpun apa yang berlaku itu membabitkan akidah dan kesucian Islam.
Malah jika sebelum ini Pas lah yang akan menjadi juara segala juara tetapi dalam isu yang membabitkan gereja ini Pas seolah-olah mengambil langkah mengundur ke belakang.
Pas bukan saja berdolak dalih malah sanggup melemparkan dakwaan membabi buta kepada UMNO.
Kerana takut kehilangan undi dan kempunan untuk berkuasa Pas terus-terusan mencari helah dan meletakkan segala kesalahan di bahu orang lain.
Kita semua tahu, Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang. Maka oleh itu, secara tidak langsung JAIS adalah di bawah mereka. Mana mungkin kita mengarahkan JAIS sedangkang kita hanya parti pembangkang di negeri ini.
Seharusnya selaku rakan sekutu, Pas tidak perlu takut untuk bersuara dan menegakkan kebenaran demi agama. Sampai bila Pas hanya mahu memainkan peranan sebagai tukang cuci kepada setiap najis yang dilakukan rakan pakatannya.
Masing-masing (pemimpin Pas) tolak-menolak tidak mahu memberikan komen. Perkembangan ini sangat luar biasa kerana selalunya pemimpin-pemimpin Pas ini begitu “ringan mulut” dalam mengeluarkan fatwa dan pandangan dalam apa juga kemungkaran yang kononnya hanya berlaku dan berpunca dari UMNO dan kerajaan pusat.
”Inilah antara perkara yang pelik yang berlaku kepada Pas sejak berkawan dengan DAP”.
Selaku parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam dan tahu hukum hakam, Pas seharusnya lebih prihatin mengenai isu ini yang jelas melibatkan permasalahan umat Islam.
Pas gagal bersuara dan menegakkan keadilan dalam isu yang melibatkan agama Islam. Sebelum ini, isu rampasan arak, konsert di I-City dan juga larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang turut memperlihatkan Pas seperti patung bernyawa.
Nampaknya dalam hal ini DAP telah berjaya mendakwahkan Pas agar sentiasa mengunci mulut dalam hal-hal yang melibatkan umat dan agama Islam.
No comments:
Post a Comment