Wednesday, February 29, 2012

Demi Politik Islam Tergadai !


Dewan Ulama Pas Makin Bahlol, Isu .... AnuWar Israel 












Dewan Ulama Pas sekali lagi dibidas kerana masih takut-takut untuk mengambil tindakan konkrit dan konsisten dengan pendirian mereka yang tidak mengiktiraf negara Israel.
Ilmuwan Muda UMNO, Ustaz Fadlan Othman DUPas tak konsisten dengan pendirian dan tidak mampu mempertahankan tentang berkenaan, kenapakah masa yang diambil terlalu lama untuk membincangkang isu sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
“Cuba lihat dan tengok bagimana Pas hari ini dilabelkan dengan pelbagai gelaran. Itulah yang saya maksudkan dan perlu ada sedikit keberanian di kalangan kepimpinan pas khususnya Majlis Ulama dalam soal ini.
“Jangan asyik main tarik tali kerana risikonya cukup besar. Apa yang penting Pas perlu ke depan dalam arena politik semasa hari ini dan bukannya asyik berada di belakang PKR dan DAP,” katanya  
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  yang masih belum menerima sebarang penjelasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu sokongan Ketua Ketua Umum PKR itu terhadap Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.