Sunday, February 05, 2012

'acu test sepenggal' !


Perlu Tukar Kerajaan Pas ..........



Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri ini bergabung melancarkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).

Pelancaran Tukar diumumkan secara rasmi selepas Konvensyen Media Sosial Kelantan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, di sini hari ini.

Konvensyen tersebut dihadiri kira-kira 1,500 pengamal media sosial dari seluruh negeri ini.
Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim berkata, rakyat negeri ini telah memberi tempoh selama 21 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan.

"Slogan Tukar ialah 'acu test sepenggal', gerakan ini adalah satu manifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah.


"Rakyat Kelantan perlu mencuba pemerintahan BN hanya untuk satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-13, sebagai tanda protes dan luahan rasa tidak puas hati terhadap segala janji yang tidak ditunai oleh Pas Kelantan," !!!