Negara Islam termaju ......... teruskan !
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia mampu mencapai status negara Islam pertama berada dalam kelompok negara maju menjelang 2020.
"Impian kita dalam lapan tahun lagi Malaysia akan dimartabatkan sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. (Malaysia) sebagai negara Islam pertama di dunia yang mampu mencapai taraf negara maju," katanya.
Hampir 10,000 orang dari segenap lapisan masyarakat menghadiri program tersebut termasuk mereka yang menerima baucar BR1M yang diserahkan oleh Perdana Menteri.
Menurutnya, sejak negara merdeka sehingga sekarang, kerajaan tidak putus-putus menjaga kebajikan rakyat termasuk melaksanakan pembangunan luar bandar, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Kesemua program kebajikan yang sentiasa diberi penekanan dan keutamaan oleh kerajaan BN adalah selaras dengan tuntutan Islam yang menyeru kepada kebajikan.
"Di Eropah termasuk Greece yang suatu ketika dulu merupakan pusat tamadun dunia, hari ini keadaan ekonominya kucar-kacir dan kemungkinan negara itu serta rakyatnya akan hadapi kesukaran dalam satu dekad lagi.
"Ada negara lain, peruntukan dikurangkan dan begitu juga gaji serta pencen turut dikurangkan. Berbeza dengan Malaysia, peruntukan untuk rakyat akan terus bertambah," ujar beliau.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi pelbagai subsidi selain peruntukan perbelanjaan berjumlah RM22 bilion setahun termasuk pemberian BR1M untuk rakyat dan memberi jaminan peruntukan untuk itu akan ditambah lagi pada masa akan datang.
Beliau seterusnya mengingatkan rakyat bahawa
kerajaan akan sentiasa berlaku adil seperti mana yang dituntut dalam Islam dan pendapatan negara semakin bertambah disebabkan negara diurus dengan baik dan islamik.
"Kita mesti ikut Islam walaupun nama (BN atau UMNO) tidak Islamik, tapi pengisiannya lebih Islamik daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam," ujarnya.