Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang bercadang tidak bertanding pada PRU13 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali kononnya kesediaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mempunyai kaitan dengan dakwaan wujudnya ‘parasit’ dalam parti itu.


Bagaimanapun, kenyataan Abdul Hadi itu mencetuskan pelbagai desas-desus yang mendakwa tindakan tersebut berpunca daripada kepimpinan Pas pada hari ini yang bermasalah selain banyak dasar parti dipengaruhi oleh golongan tertentu.


Malah, Hasan yang dipecat daripada parti itu pada 8 Januari lalu turut mendakwa, Pas tidak lagi berpegang pada matlamat perjuangan asalnya iaitu menubuhkan negara Islam berikutan penguasaan kumpulan ‘parasit’ yang telah mempengaruhi dasar parti itu.


Hasan Ali dalam satu laporan media pada 16 Januari lalu mendedahkan kumpulan berkenaan yang berjaya menyusup masuk ke dalam parti kini semakin kuat dan telah memegang pelbagai jawatan penting dan strategik.


Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru ketika ditanya mengenai pendirian Pas Selangor berhubung hasrat Abdul Hadi itu menyatakan, pihaknya tidak ada masalah sekiranya Presiden Pas itu mempunyai hasrat sedemikian.


‘‘Itu terpulang kepada Abdul Hadi. Sebaik-baiknya biarlah ahli Pas di peringkat akar umbi yang menentukannya. Namun, bagi Pas Selangor, kita harap beliau kekal bertanding dan memimpin parti,'' katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN: