Monday, April 09, 2012

Jangan tipu Allah !

'PULUHAN RIBU' HADIR DI PROGRAM MUNAJAT PAS , STADIUM MALAWATI SHAH ALAM !

Ceramah munajat perdana anjuran PAS yang diadakan di Stadium Malawati , Shah Alam mendapat sambutan yang hebat ! Semasa aku dalam perjalanan nak masuk dalam stadium tadi , aku dengar la sesama diaorang bercakap dijangkakan lebih 15,000 akan hadir . Stadium pasti sesak ! Menggigil jugak la nak masuk , mana la tau ada yang cam aku , tak pasal-pasal je insiden Stadium Kuala Selangor berlaku lagi sekali di Stadium Shah Alam . Jadi sebagai langkah berjaga-jaga , aku beli la sehelai t-shirt Bersih 3.0 dengan harga RM15 , baik budak yang jual tu, berbudi bahasa... tapi sayang jadi balachi Pakatan . Walaupun 'burn' RM15 tu .. secara positif aku fikir baju yang bewarna kuning tu aku boleh buat modal untul 28 April nanti . 





Jadi dengan berdebar-debar aku melangkah masuk ke dalam stadium , dalam fikiran pasti gegak gempita stadium menunggu ucapan penceramah2 yang terdiri dari otai2 PR seperti Khalid Samad, Azmin Ali, Tony Pua dan Anwart Ibrahim. Masuk je dalam stadium , aku terkesima sekejap... sampai ke 15,000 orang seperti yang baru aku dengar tadi . Program sepatutnya start dalam pukul 9 malam , so aku tanya la sorang pakcik tu.. bila lagi program nak mula , dengan suara yang 'frust' pakcik tu kata kat aku depa patut start dah sekarang. Sesambil mata beliau meliar memandang bawah atas stadium tempat hadirin duduk . Aku juga perasan beberapa yang lain juga berkelakuan serupa . Memandang2 tempat2 duduk di stadium.. entah la, dari air muka dapat aku nampak semacam kekecewaan dengan jumlah yang hadir. 




Lebih kurang jam 9:30 malam , VIP yang datang mula mengambil tempat duduk masing2 . Khalid Samad mula berucap . Berucap pasal PSC tu ler...sekali tu ada la jugak dia 'konar baring' bagi penjelasan statement Sharil Samad mengenai ketelusan pilihanraya (boleh menang walau bertanding kerusi bebas) . Aku gelak dalam hati je la .. pandai dia cepat2 'close' pasal benda tu . Maka yang lain2 tu pun mengangguk ja lah.  Lepas je Khalid Samad berucap , aku tengok2 lagi kawasan dalam stadium tertutup tu ... lebih kurang macam tadi jugak , walaupun nampak ada orang yang masuk . Tiba giliran Tony Pua berucap , aku dah bercadang nak angkat kaki , layan benda lain pulak . Pi sana pun cuma nak tengok impak kehadiran orang . Jadi bila congak2 nak penuh stadium tu pun kena bawak lebih kurang 20 bas , masa aku masuk tempat parking kereta.. ada la nampak 2 - 3 bijik kereta keluar masuk . Entah la kalau lepas tu kehadiran boleh meningkat penuh stadium secara mendadak masa penasihat ekonomi Selangor tiba dan masuk untuk berucap.