MEREKA LAKUKAN APASAJA : FITNAH, TIPU, CERCA, AYAT SUCI, BERPIHAK KAFIR HARBI DAN BERMUSUH DENGAN SESAMA UMMAH
Pakatan pembangkang terbukti telah menuju kehancuran apabila para pemimpin parti Dap dan Pas sendiri sudah tidak yakin dengan kewibawaan ‘anugerah’ tuhan yang selama ini menjadi dalang kepada huru-hara dan pelbagai manipulasi dalam negara.
Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek melihat bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjadi hero dalam sandiwara mereka untuk menuju ke Putrajaya adalah satu liabiliti yang akhirnya menyebabkan pakatan mereka rapuh dan kian musnah.
“Sandiwara yang pembangkang mainkan selama ini sampai ke penghujungnya dengan akhirnya bukan hanya rakyat tetapi nampak gayanya pakatan dalam pembangkang sendiri pun sudah hilang kepercayaan kepada Anwar sedangkan selama ini mereka anggap Anwar adalah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya menang dalam pilihan raya,” katanya.
Abdul Halim yang juga Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) berkata demikian kepada UMNO-Online ketika mengulas berkaitan dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang.
Difahamkan ia adalah sebagai persediaan kepada pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya akan datang jika sekiranya Anwar yang juga PKR disabit kesalahan dalam kes liwatnya.
“Secara tidak langsung tindakan pemimpin pembangkang ini menunjukkan bahawa mereka tidak ada pendirian dan prinsip yang tegas dalam kepimpinan sehinggakan sanggup mempelawa pemimpin dan tokoh dari parti yang selama ini mereka cerca dengan pelbagai kata nista iaitu Barisan Nasional (BN)/UMNO.
“Fikirkanlah, bagaimana pembangkang sanggup sujud kepada orang BN dengan memintanya mengepalai pembangkang sedangkan ia secara jelas adalah bukti memperakui bahawa BN adalah lebih baik dari pembangkang. Jadi mengapa tidak saja mereka bubarkan parti pembangkang dan undi BN sekiranya benar BN lebih baik?”
Katanya, pemimpin-pemimpin pembangkang tahu bahawa Anwar adalah satu beban kepada mereka sekiranya terus dikekalkan sebagai tampuk utama kepimpinan sedangkan Anwar berdepan dengan pelbagai masalah yang tentunya lebih mengaibkan mereka.
“Keyakinan rakyat terhadap salah laku dan etika moral Anwar itu adalah satu beban yang cukup berat terpaksa ditanggung oleh pembangkang sedangkan mereka perlu membuat persedian bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
“Inilah ‘desperate move’ pembangkang kerana mereka yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwatnya selain kes video seks yang telah tersebar luas dan memberi ancaman untuk mereka meraih undi walhal sebelumnya mereka anggap Anwar adalah Sang Juara,” tegasnya.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan bahawa pembangkang secara keseluruhannya telah dapat menjangka keputusan penghakiman yang tentunya akan memberi tamparan hebat sekiranya Anwar terus dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.
“Mereka tahu bahawa sekiranya mereka membiarkan sehingga keputusan mahkamah dibuat maka tentunya sesuatu lebih dasyat akan berlaku yang akan turut memalit malu jadi sebelum kehancuran lebih buruk terjadi maka mereka mahu mencari pengganti Anwar dengan harapan ‘kekotoran’ itu dapat dibersihkan,” katanya.
Ujarnya lagi, taktik desperado ini dibuat oleh pembangkang sebagai satu-satunya alternatif bagi memastikan pembangkang terus bernyawa.
“Sebelum ini mereka berjaya mempelawa bekas-bekas pemimpin tertinggi BN seperti Chua Jui Meng dan Zaid Ibrahim sedangkan mereka lupa bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah ‘serdak-serdak’ yang juga dibuang oleh BN sendiri tetapi kemudiannya dikutip oleh pembangkang.
“Inilah tindakan goyah pembangkang yang semakin terdesak sehingga sanggup menjilat ludah sendiri untuk berketuakan seorang pemimpin BN yang selama ini diperkecilkan. Saya percaya, niat tidak ikhlas mereka tidak akan berjaya kerana mereka mahukan kepimpinan dari BN untuk memperkuatkan pembangkang dan apabila gagal maka pemimpin itu sendiri akan diketepikan sebagaimana yang berlaku pada Chua Jui Meng dan Zaid Ibrahim sendiri,” jelasnya.
Dalam hal ini, Abdul Halim turut mengingatkan bahawa rakyat tidak pernah lupa malahan sentiasa membuat penilaian terhadap kelakuan pembangkang.
No comments:
Post a Comment