Friday, February 24, 2012

Walau Kepintu Neraka ?


Apa Pas buat  semua betul ... tak boleh ditegur ! jahanamlah kamu.



Tujuan bai'ah untuk ke neraka ?

Pok Nik Mat mempertahankan amalan bai'ah dalam parti itu kerana ia bukannya untuk pemimpin sebaliknya ditujukan kepada Allah, rasul-Nya serta kepatuhan terhadap rukun berjemaah. 
Sambil menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir itu sebagai usaha melemparkan tohmahan kepada Pas, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam kerana parti itu sentiasa meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan.

"Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam tohmahan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin, tidak kepada Allah.

Ayat-ayat dajal Pas !

"Sebenarnya Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan rasul serta kepatuhan kepada rukun berjemaah, bukannya pemimpin," kata Pok Nik. 
Dr. Mahathir dalam satu program di Shah Alam, Selangor semalam berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.
Menurutnya, ini kerana jika manusia biasa membuat bai'ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Ajak AnuWar Brahim Skali !

'celaka dunia dan akhirat'.