Sunday, December 25, 2011

PENDUKUNG PAS TAK TAHU NAK TAUBAT ?

Pas Sudah Terbiasa Prasangka Buruk dan Api Fitnah ........ Terhadap UMNO !










Pas : Kononnya Hanya Mereka Pejuang Islam ! 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan UMNO di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.
“Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.
“Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.
Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.
Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.
Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.
“Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas.
“Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti,” katanya.
Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.
“Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja,” katanya.
Berhubung isu beliau dilihat menggunakan “media UMNO” untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.
“Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya,” katanya.
Beliau mendakwa akhbar “Harakah” terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.
Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung “negara berkebajikan” pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui  terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti.
Ternyata: Kepimpinan Pas bersifat unsur-unsur syiah disini, siapa yang menentang mereka maka halal darahnya dan layak dibunuh.

1 comment:

anti bohmau said...

“Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya,” katanya (DATO HASSAN ALI).
Beliau mendakwa akhbar “Harakah” terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

TERBUKTI PAS & MEDIA MRK YG "TERTUTUP RUANG BICARA" MAHUPUN KPD PEMIMPIN & AHLI MRK YG MENGKTITIK PARTI SENDIRI!!!!

PAS & HARAKAH : HIPOKRIT MAHA BESAR!!