Syeikh Dr Mohammad Ali: Jangan pilih parti hanya kerana ada nama Islam ..............
Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik bukanlah satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaannya.
Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt Jordan, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool berkata manifesto dan pelaksanaannya oleh sesebuah parti itu dapat menentukan keupayaan untuk memberi khidmat terbaik buat rakyat.
"Letaklah nama apa pun (pada parti politik), yang lebih penting adalah manifesto dan pelaksanaan (manifesto) selepas itu.
"Mana lebih Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin,katanya.
Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa: Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berakhir hari ini.
Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
Dr Mohammad Ali Ibrahim juga menekankan bahawa orang yang soleh tidak semestinya sesuai untuk menjadi pemerintah.
"Tidak semestinya orang soleh serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.
"Dalam sebuah hadis menyatakan Rasulullah S.A.W menolak permintaan seorang sahabat bernama Abu Dzar untuk menjadi pemimpin walaupun mengetahui Abu Dzar seorang yang soleh serta taat kepada agama kerana merasakan Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin," katanya.
Terdahulu, bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan Syeikh Prof Dr Mohammad Oqlah Al-Ali Al-Ibrahim, yang turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik mempunyai asas berlainan antara satu sama lain dan seseorang itu perlu mengkaji mengenai parti-parti sebelum menganggotainya.