pAKATAN hARAM harus dibersihkan?
Pembangkang Haram Mahu 'Membersihkan Malaysia'.
Dalam kongres yang berlangsung di Alor Setar, kelmarin mereka menyatakan ia adalah 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dalam misi berkenaan kononnya yang membersihkan negara ini daripada pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Persoalan siapakah yang harus dibersihkan? Malaysia, BN, UMNO atau pakatan pembangkang sendiri .
Hakikatnya, daripada pakatan pembangkang menumpukan perhatian kepada usaha membersihkan Malaysia mereka sepatutnya membersihkan dahulu segala kepincangan yang berlaku dalam negeri-negeri yang diterajui oleh mereka iaitu seperti di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
Mereka sepatutnya membuat kaji selidik bertanya kepada rakyat di negeri-negeri berkenaan apakah mereka berpuas hati dengan pemerintah Pas di Kedah dan Kelantan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.
Usah bersikap ibarat 'gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak'.
Bukankah kaji selidik yang dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini sudah menunjukkan bahawa populariti pakatan pembangkang semakin merudum.
Pakatan pembangkang masih lagi dibuai "mimpikejayaan pada tahun 2008" dan beranggapan sentimen rakyat masih kekal menyokong mereka seperti mana pada tahun tersebut.
Tetapi mereka terlupa, BN sudah tidak lagi meratapi keputusan buruk tersebut, sebaliknya bangkit melakukan perubahan bagi meraih sokongan rakyat.
BN sudah banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada tahun 2008 tetapi bagaimana dengan pembangkang?
Mereka mahukan 'membersihkan Malaysia' tetapi diri sendiri pun belum tentu bersih. Kalau betul pembangkang mahu berbuat demikian, maka pastikan bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih.
Pemimpin Pakatan Haram Bergelomang Dengan Fitnah, Sex, Moral Perlu Dibersihkan...
Jangan bersekongkol dengan pemimpin yang ada masalah moral dengan menganggap ia fitnah dan urusan peribadi, jangan cuba menutupi kelemahan pentadbiran di negeri- negeri yang mereka kuasai dengan alasan bantahan rakyat dalam pelbagai isu yang berlaku ada perancangan UMNO dan BN.
Jelaslah sikap pembangkang seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak pernah berubah, mereka sentiasa sahaja mencari kesalahan kerajaan BN semata-mata untuk meraih undi.
Walaupun mereka secara diam-diam mengakui di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai transformasi dilakukan dalam semua bidang, namun mereka enggan mengakui.
Sebab itulah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN dianggap tidak betul belaka, tidak ada sekelumit pun pengiktirafan yang diberikan biar pun mereka mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah baik.
Malang sekali kepada Malaysia kerana mempunyai satu barisan pembangkang yang bukannya bersikap check and balance tetapi lebih kepada usaha merebut kuasa politik dalam pilihan raya. Keghairahan untuk memenuhi impian pemimpin utama mereka menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan segala kebaikan kerajaan mahu dilupakan.
Namun begitu kita yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik sempit dan merebut kekuasaan yang sedang diuar-uarkan pembangkang melalui slogan 'Bersihkan Malaysia'.
Rakyat terutamanya golongan yang terpedaya dengan slogan 'Harapan Baru' yang diuar- uarkan oleh pakatan pembangkang pada tahun 2008 sudah sedar akan kesilapan mereka.
'Harapan Baru' yang kononnya akan membawa kecemerlangan kepada rakyat jika memilih pembangkang hanyalah omong kosong sahaja.
Rakyat sudah lihat bagaimana 'kelam-kabutnya' pemerintahan PKR, DAP dan Pas di negeri-negeri yang mereka kuasa.
Di Pulau Pinang pelbagai kontroversi berlaku, di Kedah. Pas dilihat tidak membawa apa-apa kemajuan, di Selangor kerajaan negeri terus berpolitik sehinggakan isu air pun tidak boleh diselesaikan sementara masalah sampah menjadi 'ancaman terbaru' kepada penduduk manakala di Kelantan, sejak 1990 negeri itu hanya kaya dengan slogan tetapi kehidupan rakyat semakin tertekan.
Oleh itu hasrat pakatan pembangkang untuk 'Membersihkan Malaysia' hanya satu lagi slogan dalam usaha 'mempedayakan' rakyat menyokong mereka.
Justeru adalah wajar rakyat terutamanya golongan atas pagar memikir semasak-masaknya propaganda baru pakatan pembangkang tersebut. Mereka perlu menilai dan meneliti setiap hujah pembangkang melalui slogan 'Membersihkan Malaysia' itu.
Cuba bertanya apa yang hendak dibersihkan, kerajaan BN sudah melakukan pelbagai perubahan dalam semua perkara yang selama ini menjadi kontroversi.
Biar pun ada tindakan tersebut tidak memuaskan hati pihak lain tetapi kerajaan terpaksa melakukannya dalam usaha memastikan tiada perkara yang akan dipolitikkan oleh pembangkang.
Malahan dari semasa ke semasa, pelan transformasi yang dibawa oleh Najib semakin diterima oleh rakyat dan mula mendatangkan kesan kepada sokongan politik untuk BN.
Semua ini meresahkan pakatan pembangkang kerana mereka mengetahui kepimpinan Najib berbeza dengan kepimpinan negara pada tahun 2008.
Justeru mahu tidak mahu mereka perlu mencari alasan bagi memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah kalau pembangkang memerintah, Malaysia akan menjadi lebih baik.
Tetapi cuba bertanya apa lagi pembangkang hendak lakukan, segala-galanya sudah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN, tiada pihak yang tertindas atau tidak dibela, tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan dan tidak ada mana-mana golongan yang dianiaya.
Malahan kerajaan BN juga menunjukkan ketelusan dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah memerangi rasuah, tidak ada sikap berat sebelah dan tidak tolak ansur.
Namun malangnya tiada pengiktirafan daripada pembangkang, sebaliknya mereka menganggap kalau kena puak mereka itu konspirasi dan fitnah, kalau kena puak BN, mereka akan anggap itu sandiwara.
Maknanya, buatlah apa pun kebaikan atau tindakan, yang pasti tidak akan satu patah pun pujian yang akan diterima daripada pembangkang. Namun begitu biarlah pembangkang dengan agenda politik mereka kerana matlamat mereka hanya untuk merebut kuasa politik berbanding BN yang bertungkus-lumus melakukan pelbagai pendekatan dan tindakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Justeru tidak apa-apa yang perlu dikhuatiri dengan slogan 'Membersihkan Malaysia' kerana rakyat tahu menilai, siapakah yang sepatutnya 'dibersihkan', BN yang sudah banyak menabur jasa dan terus berusaha meningkatkan taraf hidup mereka atau pembangkang yang tidak melakukan apa-apa selain berusaha merebut kuasa!