Wednesday, January 18, 2012

PAS DIHINA : PAKATAN DAPiq


Rancangan Dapiq Akan Lebih Berjaya : Bila Yesman Exco Ugama....Gerakan Kristianisasi Lebih Mudah !












Pas Tidak Layak dan Dihina Pakatan Sendiri !
 Khalid Gagap mengumumkan Dr. Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan manakala Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas akan dipegang oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim.
Dr. Rani pula hanya akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel dan 
Dr. Shafie Abu Bakar yang merupakan antara nama yang dicalonkan sebagai exco telah diberi amanah memegang jawatan Pengerusi PADAT.
Persoalan di kalangan ahli Pas ialah, kenapa Dr Yunus? Kenapa bukan Dr Rani yang merupakan Pesuruhjaya Pas di Negeri Selangor?
Malah.., bukan saja perlantikan Adun Sijangkang, Dr Yunus sebagai exco baru Selangor telah melukakan hati penyokong-penyokong Pas.., tetapi yang lebih memilukan ialah bagaimana portfolio Hal Ehwal Agama ‘dirampas’ oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari PKR. .
Ini satu penghinaan yang paling besar kepada Pas. Tindakan Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang selama ini dipegang oleh Pas, menunjukkan bahawa tiada wakil Pas yang tahu pasal Islam selain dari Dr Hasan Ali.
Rakyat Selangor sekarang ini tertanya-tanya, apakah relevannya Khalid Ibrahim memegang portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini di pegang oleh Dr Hasan Ali? Bijak sangat ke Khalid Ibrahim didalam soal hal ehwal agama?
Seluruh rakyat di negara ini tahu, setiap urusan didalam sesuatu bidang hendaklah diberikan kepada orang yang paling layak. Bukannya boleh suka-suka sahaja jawatan tersebut diberikan kerana ia mungkin akan lebih menghancurkan.
Secara bandingannya, seseorang doktor tidak dibenarkan memeriksa dan memberi ubat kepada pesakit melainkan setelah dia lulus dalam bidang perubatan dengan baik. Jika ahli akademik berlagak doktor yang memberi ubat, tentulah memudaratkan pesakitnya.
Kemusnahan akan terjadi apabila orang yang tidak berilmu dalam aspek pengurusan bercakap mengenai soal urusan umat. Yang jahil berlagak seperti orang alim…, baru menghafal sepatah dua ayat sudah berlagak hafiz, bukan ulama mengaku dirinya ulama kononnya untuk dihormati dan dikagumi.
Maka jika keadaan ini berlaku.., bersedialah kita menerima akibatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggu saat kehancurannya. (Hadis riwayat Al-Bukhari