Tuesday, January 10, 2012

POK NIK : "Tentunyalah adil."

"sistem perundangan di negara ini tidak adil".... Tiba-tiba jadi Adil. Adil Untuk Siapa ?

  
Adil Untuk Aku dan Puak-puak Aku ....
"Tentunyalah adil."  Reaksi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas sistem kehakiman negara selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.
Bagaimanapun Nik Aziz turut mengulangi pendirian beliau bahawa, tuduhan ke atas Anwar sebagai fitnah yang wujud daripada permainan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab.

Hujah cantik Pok Nik (biasanya atuk-atuk yang dipengaruhi cucunya ckap macam ni):"Kalau tengok pada zahir pun nampak terang-terang jahat. Fizikal Anwar hendak bawa diri pun teruk. Hendak duduk sakit, hendak bangun lagilah sakit kerana belakang dia telah dirosakkan semasa dalam penjara. Orang macam ini macam mana nak guna seks dengan orang muda.
"Benda-benda begini semua orang tahu, orang muda boleh tendang Anwar Ibrahim, tapi fitnah," katanya." BILA DAH MASUK PERANGKAP / MAJIKAN PULA TU, TIADA PENENDANGNYA DAN YANG ADA SEGAN DAN SILU ( IZIN DALAM PAKSA' SAJA ADA LAGI".) Kata saya.
Pork Nik : Dosa Tetap Dosa tak boleh diHalalkan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Zabidin Diah hari ini memutuskan Anwar yang berdepan pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu tidak bersalah berdasarkan tiada keterangan yang menyokong keterangan Mohd Saiful.
Pembangkang pernah dilaporkan menuduh mahkamah sebagai tidak adil dengan mengamalkan undang-undang berat sebelah dan tidak akan memihak kepada Anwar.
Malah, Anwar sendiri dilaporkan pernah melancarkan pelbagai persepsi buruk melalui 'road show' politiknya kepada umum, kononnya sistem perundangan di negara ini tidak adil dan dikawal oleh kerajaan dan UMNO.
Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Nik Aziz berharap politik fitnah tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa wartawan yang pernah membuat berita fitnah ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut akan menanggung dosa besar dan tidak akan masuk syurga.
Ini satu lagi fatwa Nok Ajis:"Wartawan yang membuat fitnah kepada Anwar itu menanggung dosa besar dan tidak akan dapat masuk syurga, kalau tidak minta maaf dengan Anwar," .

No comments: