Thursday, January 26, 2012

Cabar Anwar !


Saman 3 'orang rapat' .........





Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

''Kalau Anwar betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

''Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.
''Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka benar dan banyak lagi pekungnya akan dibuka jika kes dibawa ke mahkamah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.





Mengenai saranan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar oleh beberapa pihak, Ezam berkata, ia dilihat bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini.
Katanya, tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.
''Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu berkenaan tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,'' tegasnya.