Pakatan Rakyat (PR) akan membincangkan gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang semalam menggesa perikatan itu agar mengenakan tindakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak berhubung isu menyokong penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi menangani lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tahun lalu.
Aziz membuat gesaan itu pada Wacana Sinar Siri ke-10: Masih Relevankah Auku? di Kompleks Media Karangkraf (Karangkraf), semalam.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat tertinggi pimpinan PR dalam masa terdekat sekiranya ada aduan.
"Kita tunggu aduan, sekiranya timbul maka kita akan bincangkan pada mesyuarat tertinggi PR nanti," katanya.
Mei tahun lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Siapa Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam PR ???
Pas Sekarang Milik Siapa ???????????????
Tunggu Giliran;
Tuan Guru Hj. Hadi, Ust. Harun Din, Ust. Nasaruddin ...... tungguuuuuuuuuuuuuuuu    !!!!!!!!