PR Sampah: Kotor Sampah, Kotor lagi Pakatan Rakyat.
Ustaz PAS bernama Idris Ahmad baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Selangor
berada di dalam keadaan selesa dan tidak ada alasan untuk menukar kerajaan.
Belia memberi contoh bahawa rakyat Selangor mendapat kemudahan air percuma, guru KAFA dinaikkan elaun RM1500, Tawas, skim mikro kredit berjaya melunaskan hutan negeri.
Antara kenyataan Ustaz Pas ini adalah “Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan, kepada BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa,” ujarnya.
Sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku ulas sikit tentang contoh yang diberikan oleh Ustaz PAS ini. Kemudahan air percuma di Selangor bukan merangkumi keseluruhan rakyat Selangor. Hanya rumah yang menggunakan meter individu sahaja yang mendapat rebet bil air tetapi tidak kepada rakyat Selangor yang tinggal di kawasan rumah flat atau apartment kerana mereka menggunakan meter pukal. Bayangkan cuma 20 meter padu shj (untuk mandi 2 org shj)... Tapi kalau pakai lebih bayaran berlipat kali ganda, sebenarnya kita bayar berganda jika isi rumah lebih 3 orang.
Keduanya adalah elaun guru KAFA sejumlah RM1500 sebulan bukannya keseluruahannya dari kerajaan Khalid Gagap. Kerajaan BN membayar sebanyak RM800 dan kerajaan Khalid Gagap membayar RM500. Jadi tak perlu nak riak dengan elaun guru KAFA ini.Untuk TAWAS dan Skim Mikro Kredit itu hanyalah satu sandiwara politik kerajaan Khalid Gagap untuk menutup kegagalan mereka menunaikan janji manifesto PRU lepas.
Apa yang sebenarnya aku ingin ulas adalah bagaimana Ustaz PAS ini boleh mengatakan bahawa rakyat Selangor berada di dalam keadaan selesa dibawah pentadbiran Khalid Gagap? Kita tak perlu nak ulas panjang tentang perkara ini. Gambar dibawah adalah bukti bagaimana kegagalan kerajaan Khalid Gagap menguruskan pembuangan sampah yang menjadi isu panas sekarang.Walaupun baru-baru ini YDP MBSA mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menubuhkan Jawatankuasa Memantau Kontraktor Pembuangan Sampah hakikatnya adalah PBT di Selangor GAGAL dalam isu pembuangan sampah sehingga terpaksa melantik pihak ketiga untuk memantau perjalanan kontraktor.
Gambar ini diambil di Taman Puchong Permai di Parlimen Puchong dibawah pentadbiran anak Karpal Sing.
Menurut sumber, sampah tersebut sudah hampir sebulan tidak dikutip oleh kontraktor yang dilantik dan ada diantara tempat sampah terletak di bahagian hadapan rumah penduduk dikawasan tersebut berbeza ketika Alam Flora masih berkhidmat kepada rakyat Selangor, mereka datang mengutip sampah sebanyak 3 kali seminggu. Sampah-sampah ini juga terletak berhampiran jalan utama dan juga kawasan gerai menjual makanan. Bila hujan turun sampah-sampah ini akan mengeluarkan bau yang busuk sehingga mengganggu keselesaan penduduk dikawasan tersebut. Persoalannya adalah adakah ini yang dikatakan oleh Ustaz PAS bahawa rakyat Selangor berada di dalam keadaan SELESA?
Tidak perlu bermain wayang dalam menuntup pekung di dada. Penamatan kontrak Alam Flora umpama satu bencana kepada rakyat Selangor dan juga bukti kegagalan kerajaan Khalid Gagap memberi perkhidmatan yang terbaik.
Aku ulang balik kenyataan Ustaz PAS ini. "Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah memberi keselesaan"
Sekarang ini siapa yang bodoh? Pemimpin cuba memperbodohkan rakyat atau rakyat tidak sebodoh mereka?
SUDAHLAH: LU LANGSI LU MATI
No comments:
Post a Comment