Tuesday, January 24, 2012

Futsal 1Malaysia: Parlimen Puchong Juara !


Pasukan Puchong Juarai Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012


PUTRAJAYA, 22 Jan –  Pasukan Parlimen Puchong muncul juara n peringkat kebangsaan 2012 selepas menewaskan Parlimen Seremban 5-4 menerusi sepakan penalti, selepas terikat satu sama.
Selaku juara kategori lelaki, Parlimen Puchong membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta piala pusingan, pingat dan hamper sementara Parlimen Seremban menerima RM10,000, pingat dan hamper.
Penjaga gol Parlimen Puchong, Mohamad Fauzi Abdul Rahim, pula dipilih sebagai penerima Anugerah Bola Emas.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Parlimen Cheras yang menewaskan Parlimen Bachok untuk membawa pulang RM6,000 serta pingat.
Bagi kategori wanita pula, Parlimen Kuala Kedah muncul juara untuk membawa pulang RM10,000 serta piala pusingan, pingat dan hamper selepas menewaskan Parlimen Parit Sulong 3-0.
Parit Sulong menerima RM3,000 dan pingat manakala pemenang tempat ketiga, Parlimen Kemaman, pula membawa pulang RM3,000.
Anugerah Bola Emas bagi kategori wanita dirangkul Norhartini Jasnin yang menjaringkan tiga gol bagi pasukan Kuala Kedah.
Sejumlah 444 pasukan mewakili 222 kawasan Parlimen menyertai pertandingan itu, yang berlansung tiga hari di Kompleks Futsal Presint 18 di sini.