Thursday, January 26, 2012

NFC Gagal Berniat Jahat ?



Tuduhan NFC gagal urus kewangan berniat jahat ....







Laporan penuh boleh diperoleh di alamat http://www.audit.gov.my.
Dapatkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tidak pernah atau tidak sesekali menyatakan ia gagal.


Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Wan Shahinu Izmir Salleh.
“Apa yang diperkatakan pengkritik adalah tidak tepat. Malah, tindakan mereka dengan menyatakan kononnya Ketua Audit Negara ada menyatakan sedemikian adalah satu tuduhan palsu dan berniat jahat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan di sini, semalam.







Antara NGO yang hadir adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Keusahawanan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu.
Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail turut memberikan penerangan berhubung fakta sebenar isu itu dan menjawab pelbagai soalan yang diajukan wakil NGO yang hadir.
NFCorp iaitu satu syarikat usahasama di antara Agroscience Industries Sdn Bhd dengan kerajaan telah diberi mandat sebagai integrator projek NFC.
Perkara utama yang disentuh pada sesi dialog itu adalah mengenai fungsi sebenar NFCorp sebagai sebuah syarikat swasta, manakala Pusat Fidlot Kebangsaan(NFC) pula di bawah kawal selia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“NFCorp memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menunggu hasil siasatan sebelum merangka tindakan susulan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berhasrat melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan satu penelitian wajar dan audit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). 


Beliau juga mengalu-alukan langkah kerajaan yang mahu melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan.

“Pembentukan audit bebas ini juga akan turut dapat memperbetulkan salah faham yang tercetus dan mengembalikan imej syarikat yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.