Tuesday, January 10, 2012

PERINGATAN: UNTUK AHLI PAS !

 PAS DENGAN DAP SAMA SAJA ......

 



Nik Aziz sifatkan Hasan Ali tidak senonoh? 

SETELAH MADUNYA DISEDUT ......

Pok Nik menyifatkan Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya semalam sebagai ahli yang tidak senonoh. "Pecatlah...laki bini lagi bercerai. Tidak ada parti atas muka dunia ini yang tidak pernah pecat ahlinya yang tidak senonoh," katanya.

Pemecatan Hasan merupakan tindakan kedua parti itu selepas membuat tindakan sama terhadap Datuk Zulkifli Nordin kerana perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan berbeza.
Ditanya lanjut, Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung persoalan atau alasan terhadap tindakan yang dianggap drastik itu.
"Persoalan tak usah sebut. Dia (AJK Pas Pusat) pecat, pecat sudah," katanya ringkas.

Bulan lalu, Hasan mengkritik Pas kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.
Malah, beliau sebelum ini secara terbuka menyifatkan Pas telah tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,
Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor turut menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila menyatakan penyertaan dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 adalah perbuatan sia-sia.
Sebuah portal hari ini melaporkan, Hasan mengakui pemecatannya berpunca daripada Anwar ekoran segala kenyataan negatifnya terhadap Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

No comments: