Friday, January 27, 2012

AWAS 'Perangkap bookie' !


HUKUM BOOKIE & PEMAIN : PENJARA 100 TAHUN DAN SEBAT 100 ROTAN !

pix_gal0


Anda Mahu  'era kegelapan' Kembali ?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Perlu Tegas dan Lebih Agresif .......


SPRM mengesahkan hanya seorang pemain skuad Liga Perdana Perlis yang disoal siasat, baru-baru ini disyaki ‘terbabit dengan bookie’ untuk mengatur keputusan perlawanan.
“Buat masa sekarang, siasatan dilakukan mengesahkan hanya seorang saja pemain disyaki terbabit dalam urusan mengatur perlawanan berkenaan.
“Kami percaya pemain itu yang dipanggil untuk diambil keterangan mempunyai kaitan dengan bookie terutama bertindak sebagai ‘runner’ kepada bookie terbabit,” kata sumber itu ketika dihubungi di Kangar, semalam.

Pemain berkenaan adalah seorang daripada ‘Kumpulan 9’ yang disoal siasat SPRM berhubung kes rasuah membabitkan perlawanan Perlis menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar pada 9 Januari lalu.


Sebelum ini, PFA turut mendedahkan wujud peranan bookie yang difahamkan menpemain serta pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) awarkan ganjaran RM100,000 kepada setiap pemain untuk mengatur keputusan perlawanan.