Sunday, January 01, 2012

JAHANAM KAU PKR !

PKR bertindak melampau edar risalah di masjid ............



Budiman Mohd. Zohdi (depan, lima dari kiri) bersama ahlinya membuat laporan polis menentang Kempen Bebaskan Anuar 901' di pekarangan Balai Polis Sabak Bernam, semalam.


Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar menyifatkan pihak yang menganjurkan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' sebagai melampau apabila menjadikan masjid sebagai tempat mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram.
Ketuanya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu dikesan berlaku di masjid-masjid di kawasan Parlimen Sungai Besar.
Kata beliau, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan poster serta risalah kempen tersebut yang jelas bermotifkan politik.
"Tindakan ini melampau. Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadat bukannya menyebarkan dakyah politik apatah lagi menghasut orang ramai mengadakan perhimpunan haram.
"Kita anggap ini satu bentuk pencemaran terhadap institusi masjid kerana tindakan menyebarkan poster dan risalah kempen itu sebenarnya untuk tujuan politik, memecahbelahkan umat, membelakangkan undang-undang," katanya.


Budiman bersama-sama 30 ahli pergerakan itu turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira pukul 11 pagi ini.
Laporan polis itu katanya, dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 yang banyak menyusahkan rakyat.
"Bayangkan sekiranya perhimpunan haram diadakan berapa banyak rakyat akan menerima kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu," ujarnya.
Setakat ini, sebanyak 50 laporan polis telah dibuat di Selangor bagi meminta polis menyiasat, mencegah dan mengambil tindakan terhadap penganjuran kempen tersebut.

Saya harap pehak Polis bertindak lebih TEGAS !!!! NAK TUNTUT APALAGI KEADILAN MAHKAMAH DIPERSOAL ? 

No comments: