Wednesday, January 25, 2012

PAS TIDAK KEBAL MANA PUN !


BN boleh rampas Kelantan ..... Pas bukan Islam; Penganut Pas berfahaman Khawarij .



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, Najib, yang juga Presiden UMNO melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan winnable state bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Anggota dan Pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda. Bergerak dan berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," 



UMNO dan parti komponen BN yang lain, mendampingi "pengundi atas pagar" yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas. 

Wanita UMNO adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang, kerana ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi.

GERAK GEMPUR PEMUDA MESTI DIHIDUPKAN KEMBALI !!!!!!!