Inisiatif kerajaan bela nasib nelayan .........
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 untuk membaik pulih rumah masyarakat nelayan dalam usaha membela nasib golongan itu di seluruh negara.
"Saya faham nelayan perlukan bantuan, sebab itu kita lakukan sesuatu untuk mereka dan pada pembentangan Bajet 2012 saya ada umumkan Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta," katanya.
Menurut laporan, terdapat kira-kira 100,000 penduduk di negara ini menjadi nelayan dengan 84,254 orang daripadanya menjadi ahli Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).
"Saya umum tabung ini kerana tergambar dalam kepala saya rumah nelayan yang daif, robek dan perlu kepada penambahbaikan.
"Jadi, sebahagian daripada RM300 juta itu kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh negara dengan peruntukan untuk setiap rumah yang akan dibaik pulih dalam RM5,000 ke RM10,000," katanya ketika melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.
Program Ihsan Samudera dianjurkan oleh Yayasan 1MDB dan Yayasan Felda dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri.
Perdana Menteri dalam pada itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM63 juta untuk membaik pulih projek perumahan nelayan Kampung Bunut Rendang di sini yang sudah 15 tahun tergendala.
"Insya-Allah kita akan baik pulih segera projek perumahan yang tergendala ini. Ini adalah atas usaha kerajaan negeri Pahang, di bawah pimpinan Menteri Besar," katanya.
TIADA KERAJAAN SEBAIK BN DI ASIA TEANGGARA BAHKAN DI ASIA !