Ahli Umno Matang ? ........ UMNO Matang !
Senator Datuk Dr Marshitah Ibrahim :
"Jangan takut kepada intelektual yang ada dalam Umno dan mendengar pandangan yang berbeza dari akar umbi, sedangkan pujian lebih menakutkan dan teguran amat baik dalam keadaan sekarang".
"Ini kerana intelektual dan profesional akan rasa lebih dihargai jika diberi tempat. Tidak perlu risau, tidak akan berebut dalam Umno kerana ada kekuatan, sebaliknya jika parti menafikan mereka kita bukan hanya akan kerugian, malahan lebih parah sekiranya diambil pihak lawan". katanya.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa tatatertib bagi mengendalikan kes-kes disiplin termasuk sabotaj menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Menurutnya, teguran kepada parti adalah juga seperti seorang doktor berjumpa pesakit, di mana doktor akan mengarahkan pesakit makan ubat, bukannya sahaja mengesahkan seseorang itu sakit.
“Itulah yang dilakukan, tetapi sering disalah anggap. Menegur dan memberikan pendapat berbeza adalah input berguna demi kemajuan parti, janganlah salah anggap dengan apa yang dilakukan untuk parti.
“Anggap mereka ini ikhlas dalam idea yang diberikan”
'Pemimpin datang dan pergi, jadi parti hendaklah diutamakan, bukannya individu yang menjadi pertaruhan'.