Ahli-ahli Pas: Walaupun Berkupiah dan Berserban Tapi Banyak yang Bongok tentang Islam.
Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertangungjawab memperbetulkan sikap pengikut yang terus berpegang kepada amanatnya yang mengkafirkan UMNO lebih dua dekad lalu.
Solat Jumaat di masjid berasingan dalam satu kariah merupakan sisa kepada kempen melampau untuk mendapatkan sokongan umat Islam ketika itu.
''Datuk Seri Abdul Hadi merupakan individu yang mengeluarkan fatwa di Banggol Peradong pada tahun 1986 perlu memikul tanggungjawab untuk memperjelaskan kepada rakyat.
"Sebagai pemimpin Islam berjiwa besar apa salahnya memberitahu pengikut bahawa pegangan selama ini adalah tidak betul apatah lagi Pas juga sudah menjalin bekerjasama dengan parti bukan Islam, " ujarnya.
Abdul Hadi tidak boleh lepas tangan dalam menyelesaikan kemelut yang berlarutan sejak sekian lama dan mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibdin baru-baru ini.
Pemimpin Pas juga perlu memberitahu pengikutnya bahawa fatwa tersebut tidak lagi relevan memandangkan Pas kini bukan lagi Islam dan sudah bekerjasama rapat parti bukan Islam terutama DAPiq manakala perjuangan menegak negara Islam telah mereka sisihkan.
Pas menggunakan isu kerjasama dengan parti bukan Islam untuk menolak UMNO dan kerana itu imam dari kalangan orang UMNO dianggap tidak boleh mengimamkan solat di masjid kerajaan.
APA HUKUMNYA: PAS BERKERJASAMA DENGAN KAFIR UNTUK MENJATUH PEMIMIPIN SESAMA SEUGAMA DAN SEBANGSA !
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
“Janganlah kamu termasuk orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berpecah-belah mengikut puak. Setiap puak berbangga dengan apa yang ada pada puak masing-masing.” (Surah ar-Ruum, 30: 31-32)
تختلف هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة، اثنتان وسبعون في النار وواحدة في الجنة. قلنا: انعتهم لنا قال: السواد الأعظم
“Akan berpecah umatku ini menjadi 73 firqah, 72 golongan di neraka dan hanya 1 di jannah. Satu golongan itu adalah as-Sawaadul A’zham.” (Hadis Riwayat al-Lalika’i, Syarah Ushul I’tiqad, 1/155, no. 131. ath-Thabrani, 8/273, no. 8051. Kata al-Haitsami, “Para perawinya tsiqah”)
Tapi sayangnya sikap ashabiyyah inilah yang meracuni jama’ah-jamah Islam hari ini. Setiap jama’ah saling mendabik dada mendakwa kebenaran bersama-sama mereka. Setiap mereka ego dengan kelompok sendiri sehingga tidak mungkin akan bersatu melainkan atas label atau nama jama’ah masing-masing.
Wallahhualam.
No comments:
Post a Comment