Dapiq Guan Eng Makin Kurang Ajal.....
Ketua Menteri yang paling banyak menipu dalam sejarah penubuhan Malaysia iaitu Lim Guan Eng sekali lagi mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk memecah-belahkan keharmornian kaum di Malaysia. Pada 6 haribulan yang lalu, ucapan Lim Guan Eng seolah-olah meyakinkan para pendengar bahawa Najib seorang yang rasis.
Sila baca keratan teks ucapan yang diungkapkan oleh si lidah bercabang ini.
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak harus menunjukkan bukti bagi amaran ganasnya kepada orang bukan Melayu yang tidak bersalah supaya tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu, dan sekiranya gagal beliau harus keluarkan sijil kematian untuk 1Malaysia. Najib telah mengejutkan seluruh negara apabila memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Shah Alam semalam. Beliau memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya “jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita”.
Najib menekankan bahawa UMNO tidak akan berkompromi walau satu inci atas kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan hanya UMNO sahaja yang boleh mempertahankan orang Melayu. Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada UMNO untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” melalui syarikat keluarga seorang Menteri Persekutuan UMNO?
Adakah dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu itu membolehkan skandal RM13 bilion Port Klang Free Trade Zone atau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion? – DAP Malaysia
Pertuduhan Lim Guan Eng ini ternyata adalah hasutan dan fitnah. Definisi rasis bagi DAP dan Lim Guan Eng mudah sahaja. Jika anda ingin mempertahankan hak kaum anda maka anda akan digelar rasis tetapi sekiranya anda mengorbankan hak anda kepada kaum kiasu dan parti rasis maka anda seorang yang tidak rasis.
Apakah semudah itu fahaman rasis bagi Lim Guan Eng? Jadi dengan kata lainnya mana-mana anak Melayu atau India ingin mempertahankan hak bangsa sendiri maka orang itu akan digelar rasis. Secara metaforanya, sekiranya anda cuba mempertahankan rumah anda dari dimasuki pencuri, maka anda akan digelar pencuri. Tidak pelikkah kenyataan Lim Guan Eng ini?
Apa yang dikesalkan bahawa ucapan PM yang mahu menjaga keharmornian kaum diolah oleh lidah biawak ini dengan sesuka hati.
Tambah dikesalkan apabila Lim Guan Eng turut mempertikaikan peranan yang dimainkan UMNO dalam mempertahankan perlembagaan negara. Sikap kurang ajar Lim Guan Eng ini sememangnya sudah menjadi ikutan dan trend anak-anak bangsa pendatang rasis ini apabila perlembagaan Malaysia dicabar sesuka hati dan sesiapa yang mempertahankan kedaulatan dan perlembagaan negara akan diserang.
Apabila bercakap mengenai perlembagaan, semestinya kita tertanya-tanya apa pula pendirian DAP dalam isu ini. Jawapannya termaktub di dalam kitab ajaran ahli sufi Anwar al-Juburi di dalam al-Kitab wal Jinggay di halaman yang pertama sekali.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Pembangkang untuk:
Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Jadi ternyata dan sangat jelas bahawa DAP tidak langsung mempunyai agenda dalam mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam agenda mereka. Maka al-Kitab wal Jinggay ini hanyalah sekadar penipuan yang sangat halus dan sekadar menyedapkan hati dan mata rakyat.
Jadi disini, ternyatalah Lim Guan Eng sudah pun melakukan fitnah terhadap PM dan dalam pada itu secara tidak sengaja mengakui bahawa DAP sesekali tidak pernah mengakui hak ketuanan Melayu di Malaysia. Jadi terbongkarlah sebuah lagi agenda jahat Pakatan Rakyat dan penipuan mereka di dalam buku jingga.
Setelah dibuktikan pembohongan yang dilakukan Lim Guan Eng ini, mari kita saksikan samada Lim Guan Eng akan meminta maaf atau pun secara terus menerus akan menafikan seperti ucapan kurang ajar yang dilakukannya terhadap negeri Johor. Dan juga kepada Lim Guan Eng, teks ucapan yang dikeluarkan oleh DAP Malaysia telah pun disimpan. Jadi tak perlu nak buang.
No comments:
Post a Comment