Thursday, December 29, 2011

Ulamak Terompah Tidak Cakap Benar !

Nik Aziz Perlu Bercakap Benar – Fathul Bari


BERBOHONG HALAL  ! nEW FATWA  BY  NABI AJIS.
Pertelagahan antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan pucuk pimpinan Pas dilihat akan terus berlarutan apabila beliau menafikan kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau telah memohon maaf kerana mengkritik parti itu berhubung isu Negara berkebajikan di dalam satu bertemuan di kediaman Nik Aziz di Kota Bhari Kelantan baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahaya ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata, beliau akan menghubungi Datuk Hasan Ali sendiri bagi mendapatkan kepastian dan kesahihan cerita yang sebenar.
“Namun begitu, seharusnya semua pihak perlu berkata benar dan ini termasuklah Nik Aziz sendiri. Sekiranya kita tidak berkata benar dan cuba melindungi kebenaran kerana kepentingan politik, maka perjuangan kita tidak akan berlandaskan kebenaran.
“Saya sendiri akan menghubungi Datuk Dr. Hasan Ali bagi mengetahui kedudukan sebenar. Bagi saya, kedua-dua pihak adalah pakar dan tahu selok belok agama dengan baik. Jangan hanya kerana politik, kebenaran itu dibelakangkan semata-mata untuk menutup kelemahan diri sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini, Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu Hasan Ali dianggap selesai selepas Hasan Ali memohon maaf dalam pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan baru-baru ini. Katanya, ‘pertemuan ‘muhibah’ itu juga menyaksikan Hasan menarik kembali kenyataannya sebelum ini yang mengkritik perjuangan PAS yang telah lari daripada landasan asal apabila memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
Sementara itu, Hasan Ali pula dalam kenyataannya telah manafikan bahawa pertemuannya dengan pemimpin itu adalah bertujuan memohon maaf atas kritikannya sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.. Beliau turut menyelar akhbar rasmi parti PAS itu kerana sering memutar belit fakta sehingga boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan. 

No comments: